Header Ad Banner

TANDA PILIHAN RAYA NEGERI HAMPIR

Taib: BN sudah sedia, calon sudah ada Barisan Nasional (BN) Sarawak sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya negeri dan senarai nama calon juga telah diterima, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, August 16, 2010

perdana menteri ke bazar ramadhan

Utusan -PM tinjau bazar Ramadan



Najib Tun Razak membalik murtabak semasa melawat Bazar Ramadan Putrajaya di Presint 2, Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 16 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan langkah mengadakan bazar Ramadan sepanjang bulan puasa ini sesuatu yang baik kerana mampu memberi pulangan lumayan kepada peniaga.
Pada masa sama, menurut Perdana Menteri, bazar Ramadan memberi peluang kepada masyarakat setempat menikmati pelbagai jenis hidangan pada harga yang agak rendah.

‘‘Saya anggap ia satu kaedah yang amat baik untuk memeriahkan lagi suasana dalam bulan puasa ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan walkabout selama 15 minit di Bazar Ramadan Putrajaya di Presint 2 di sini hari ini.
Pada program itu, beliau mengunjungi dan beramah-mesra dengan beberapa peniaga serta para pengunjung di bazar tersebut.
Perdana Menteri turut mengingatkan orang ramai supaya membeli juadah berbuka puasa secara berhemat dan berpada-pada.
Kata beliau, ia bagi memastikan pendapatan yang diperoleh itu boleh menampung segala keperluan dalam bulan ini dan bulan-bulan akan datang.

hilang 4 keluarga di pusingan U

kosmo -Pusingan U ragut empat nyawa

PROTON Wira yang dirempuh van Toyota di Kilometer 22, Jalan Seremban-Simpang Pertang, Jelebu kelmarin.

JELEBU – Hilang isteri, hilang tiga anak serentak. Demikian harga yang dibayar oleh seorang suami apabila kereta Proton Wira dipandunya tiba-tiba membuat pusingan U sebelum kereta itu dirempuh sebuah van Toyota di Kilometer 22, Jalan Seremban-Simpang Pertang malam kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 9 malam, empat beranak yang terkorban ialah Hazilawati Abdul Halim, 34, dan tiga anaknya iaitu Khairunisa Afiqah Khairul Affendy, 7, Khairul Afiq, 5, serta Khairul Aiqal, 1.

Suami Hazilawati, Khairul Affendy Shabudin, 33, yang memandu kereta Proton Wira dan seorang lagi anak pasangan itu, Khairul Aziq, 1, yang juga kembar kepada Khairul Aiqal cedera parah. Punca Khairul Affendy buat pusingan U tidak diketahui.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Setapa Yusoff berkata, kemalangan itu berlaku selepas kereta Proton Wira yang dinaiki keluarga malang itu dirempuh van Toyota ketika ia membuat pusingan U secara tiba-tiba.
“Ketika tragedi enam sekeluarga itu dalam perjalanan pulang ke Kampung Batu Empat, Sg. Pelek, Sepang, Selangor selepas pulang ke kampung Khairul Affendy di Kampung Kampai di sini.
“Sampai di tempat kejadian kereta Proton Wira itu membuat pusingan U sebelum dirempuh sebuah van Toyota Lite Ace dari arah bertentangan,” kata beliau di sini semalam.

rayu tahanan dibebaskan

Kosmo -Keluarga rayu tahanan dibebaskan

TUJUH nelayan rakyat Malaysia kini ditahan di bangunan Jabatan Polis Perairan Marin, Sekupang Jaya di Batam, Indonesia.

BATAM (Indonesia) - "Bapa mertua saya sedang sakit, saya berharap sangat kalau dia dan enam yang lain dapat dibebaskan dengan segera."
Itu harapan Koo Chuan Pong, 40, menantu kepada Boh Kee Soo, 63, salah seorang nelayan Malaysia yang ditahan penguat kuasa perikanan Indonesia semasa sedang menangkap ikan di perairan Kota Tinggi di sini Jumaat lalu.

Chuan Pong turut berharap kerajaan Malaysia dapat mencari jalan penyelesaian dan berunding dengan kerajaan Indonesia bagi membebaskan mereka.
"Memandangkan ini bulan puasa, saya minta mereka dilepaskan bagi membolehkan mereka bersama keluarga dan menjalankan kerja seperti biasa," katanya selepas melawat bapanya di Jabatan Polis Perairan Marin, Sekupang Jaya di sini semalam.
Akhbar semalam melaporkan, tujuh nelayan berumur di antara 23 hingga 63 tahun yang menaiki lima buah bot ditahan sebuah bot penguat kuasa negara jiran pada pukul 9.30 malam pada kedudukan empat batu nautika, Tenggara Tanjung Punggai, Kota Tinggi, Johor pada Jumaat lalu.
Tujuh nelayan itu ialah Boh Kee Soo, 63; Chong Ah Choi, 58; Roszaidy Akub, 29; Faisal Mohamad, 39; Ghazali Wahab, 41; Lim Kok Guan, 32, dan Mulimin Mahmid, 53.

Teksi sapu curi penumpang

Kosmo -Teksi sapu kuasai hentian bas

PEMANDU kereta sapu menawarkan perkhidmatan kepada orang ramai di Hentian Bas Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Isu kereta sapu sudah banyak kali diperkatakan sejak sekian lama dan kewujudan 'pencuri' penumpang ini tidak pernah berakhir.
Mereka berani melakukan tawar-menawar dengan penumpang tanpa mempedulikan undang-undang dan sensitiviti pemandu teksi berlesen yang turut mencari rezeki.

Tinjauan Kosmo! di Hentian Bas Pekeliling di sini mendapati hampir 15 buah teksi sapu beroperasi menunggu pelanggan di kawasan itu.
Seorang penyelia di terminal itu yang enggan namanya disiarkan berkata, pendekatan prebet sapu dalam mendapatkan penumpang agak agresif.
"Mereka menjadikan orang ramai yang ingin ke Genting Highlands sebagai sasaran utama dengan menawarkan perkhidmatan yang mengelirukan sehingga ada penumpang yang sanggup menjual semula tiket bas yang sudah mereka beli kepada orang lain," katanya.
Menurutnya, jumlah mereka bertambah pada hujung minggu dan cuti umum dengan operasi bermula seawal pukul 8 pagi hingga tengah hari.

peniaga pukul pegawai MBAS

Kosmo -Peniaga pukul penguat kuasa

ANGGOTA penguat kuasa MBAS menyita peralatan peniaga ingkar dalam operasi Ramadan di Alor Setar semalam.

ALOR SETAR – Tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menyita dan merampas barang jualan peniaga yang berniaga sebelum pukul 3 petang sepanjang bulan Ramadan telah menyebabkan seorang wanita naik angin lalu memukul anggota penguat kuasa yang datang ke kedainya semalam.

Wanita berusia 50-an itu bertindak demikian apabila sekumpulan penguat kuasa MBAS datang ke kedainya di Kota Sarang Semut yang menjual makanan seawal 11 pagi.
Wanita itu bagaimanapun berjaya ditenteramkan sebelum MBAS merampas kesemua barangan dan peralatan perniagaannya termasuk lauk-pauk dalam operasi Ramadan bermula pukul 9 pagi itu.
Penolong Pegawai Tadbir MBAS, Azizah Hamid memberitahu, rampasan makanan tersebut dibuat kerana peniaga melanggar arahan yang dikeluarkan pihaknya melarang menjual makanan pada bulan Ramadan sebelum pukul 3 petang.

tok kadi songsang dicekup

Kosmo -Pak Sheikh, 'tok kadi' kena cekup


PAK SHEIKH (kiri) mendengar penjelasan yang diberikan oleh seorang pegawai JAIS ketika diserbu di Subang Perdana, Shah Alam Jumaat lalu.


SHAH ALAM – Tembelang Pak Sheikh yang mendakwa dirinya amil zakat bertauliah di Selangor dan menjadi broker pernikahan songsang akhirnya terbongkar selepas lokasi aktivitinya diserbu pihak berkuasa Jumaat lalu.
Dia bersama seorang ‘tok kadi’, seorang ‘saksi’ dan seorang wanita yang mendakwa anak kepada ‘tok kadi’ ditangkap dalam satu serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Jumaat lalu.

Serbuan yang dilakukan oleh 10 anggota penguat kuasa itu pada hari ketiga umat Islam berpuasa mengejutkan ‘ahli sindiket’ berkenaan sehingga ada di antara mereka tergamam dan menuding jari sesama sendiri.
Ketika diserbu, Pak Sheikh pada mulanya cuba ‘bermain wayang’ dengan menipu penguat kuasa namun dia mula menggigil dan percakapannya menjadi merapu setelah menyedari perbuatan haramnya terbongkar.Setelah diasak, barulah Pak Sheikh mengaku akan perbuatannya.
Berikut adalah antara butiran percakapan broker pernikahan haram berkenaan dengan pegawai penguat kuasa ketika serbuan dilakukan lebih kurang pukul 3.30 petang iaitu selepas solat Jumaat selesai.

anwar akan disoal siasat

Malaysiakini - Guna foto sultan Johor, polis akan soal Anwar

Polis akan memanggil ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merekodkan keterangannya bagi membantu siasatan berhubung penggunaan gambar Sultan Johor Sultan Ibrahim, pada kain rentang bagi satu ceramah parti itu di Batu Pahat bulan lepas.

Ketua Polis Batu Pahat ACP Ibrahim Mohd Aris berkata keterangan Anwar akan diambil dalam masa terdekat supaya siasatan mengenai penggunaan gambar itu dapat diselesaikan segera.


Polis telah merekodkan keterangan daripada 52 orang individu termasuk penduduk tempatan dan ahli politik antaranya pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng," katanya kepada pemberita di Batu Pahat hari ini.

Ibrahim berkata polis telah merampas empat kain rentang yang dipasang di Semerah, Parit Sulong, Sri Gading dan Rengit.

Ketika bertitah di majlis penutupan Kembara Mahkota Johor Bermotosikal di Kota Tinggi minggu lepas, Sultan Johor melahirkan rasa murka terhadap tindakan menggunakan gambar baginda itu kerana perbuatan itu boleh memecah-belahkan masyarakat.

muntah darah selepas dibelasah jiran

Kosmo -Separuh mati dipukul jiran
KUALA LUMPUR: Hanya kerana menegur jirannya yang membuat bising melampau ketika dia cuba untuk tidur kerana ingin bangun awal bersahur, seorang lelaki ‘muntah darah’ selepas dibelasah separuh mati, selain dihentam dengan kerusi hingga menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri.
Dalam kejadian itu, mangsa yang juga seorang mualaf berusia 59 tahun cedera teruk di kepala dan koyak telinga kiri serta pengsan beberapa jam selepas dipukul bertubi-tubi oleh suspek yang berang dengan teguran mangsa.

Mangsa, Syamsul Abdullah berkata, ketika kejadian dia berada di rumahnya di Jalan Petaling di sini, sebelum terdengar bunyi jerit pekik dan bising keterlaluan jiran yang tinggal di hadapan rumahnya. Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam semalam, dia yang tidak tahan dengan bunyi bising dari rumah jiran terbabit bertindak keluar sebelum mengetuk pintu rumah jiran terbabit untuk menegur perbuatan berkenaan.

“Apa yang saya tahu dia kerap menjerit dan membuat bunyi bising, terutama ketika dalam keadaan mabuk dengan membuka televisyen secara kuat, berkaraoke dan macam-macam lagi.

“Namun, teguran saya itu bertukar menjadi insiden berdarah apabila suspek warga asing dari Myanmar menumbuk muka saya bertubi-tubi tanpa sempat saya mempertahankan diri,” katanya.

Syamsul pekerja kedai barang binaan yang sudah lebih 10 tahun menginap di situ berkata, sebaik saja dia menegur suspek supaya tidak membuat bising kerana hari sudah lewat malam dan jiran lain ingin tidur, dia ditumbuk sekuat hati di mata kanan membuatkannya pening dan cuba beredar.

Namun, suspek bertindak mengejar mangsa hingga ke satu ruang rehat yang menempatkan kerusi kayu dan meja. Suspek mencapai kerusi di situ dan menghentak kepala mangsa berkali-kali.

“Kerana hentakan yang kuat saya terus pengsan dan terbaring di lantai, beberapa rakan suspek juga dipercayai turut sama membelasah saya, tetapi tidak perasan berapa orang kerana pengsan.

“Rumah jiran itu kebiasaannya dihuni lima orang sejak tiga tahun lalu dan memang saya kenal dengan mereka semua serta sudah banyak kali menegur kelakuan mereka itu, “ katanya.

Kejadian serangan itu menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri sebelum suspek segera cabut lari dari kawasan berkenaan. Difahamkan, jiran lain tidak berani membantu kerana suspek ramai dan bertindak mengunci diri dalam rumah masing-masing.

“Apabila sedar kira-kira jam dua pagi, saya mendapati telinga kiri terkoyak, manakala muka berlumuran darah akibat dipukul. Malah, seluruh tubuh lebam dan sakit kerana dibelasah suspek.

“Susulan kejadian itu saya menguatkan diri keluar mencari klinik mendapatkan bantuan. Sebaik sampai di klinik berhampiran saya di nasihatkan ke hospital,” katanya.

bapa simbah asid pada keluarga sendiri

Kosmo - Empat sekeluarga disimbah asid



NURUL DAHYATUL yang melecur teruk dirawat di Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU - Seorang wanita tidak menyangka suaminya sanggup membawa asid untuk mengugutnya mendapat wang sehingga menyebabkan dia tiga beranak dan ibunya melecur di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu semalam.
Dalam kejadian pada pukul 1.45 pagi itu, suspek dipercayai bertindak demikian kerana berang dengan keputusan mangsa yang telah berpindah pulang ke rumah ibunya dan dalam proses memohon penceraian dengan suspek.

Semasa kejadian suspek didakwa memecah masuk rumah ibu mangsa dengan membawa bersama sebungkus plastik mengandungi cecair asid.
Kehadiran suspek mencetuskan pertengkaran dengan mangsa sebelum mangsa cuba merebut bungkusan asid itu dan menyebabkan cecair itu terkena mangsa.
Tindakan suspek itu menyebabkan mangsa Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, cedera di muka dan kedua-dua belah tangan serta bahagian belakang badan.
Turut melecur dua orang anak mangsa, Nurul Dahyatul Fazlinda Khalid, 8, dan Mohd. Irfan Firdaus, 2, serta ibunya, Minah Omar, 56. Masing-masing melecur di beberapa anggota badan.
Paling teruk, Nurul Dahyatul yang mungkin hilang deria penglihatan apabila seluruh muka sehingga paras dada kanak-kanak itu terkena asid.

buang bayi di Sungai Tambun,Kota Damansara

Kosmo -Terkejut kaki bayi terjulur dari beg


ANGGOTA polis memeriksa mayat bayi yang ditemui di Sungai Tambun di Kota Damansara semalam.

PETALING JAYA – Lima sahabat yang leka menjala ikan terkejut apabila menemui satu beg galas yang hanyut berisi mayat bayi perempuan di Sungai Tambun di Kota Damansara di sini semalam.
Beg galas berwarna hitam itu dipercayai dicampak ke dalam sungai itu dan dihanyutkan air menghala ke kolam tadahan banjir tidak jauh dari situ.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner, Arjunaidi Mohamed berkata, mayat bayi berkulit gelap itu dipercayai telah dibuang beberapa jam sebelum ia ditemui pada pukul 11.30 pagi oleh lima sahabat yang sedang menjala ikan.
Menurut beliau, ketika ditemui mayat bayi itu dibungkus dengan kain sebelum dimasukkan ke dalam beg galas.
“Bayi itu dipercayai telah mati sebelum ia dibuang ke dalam sungai,” cerita beliau ketika ditemui di tempat kejadian semalam.
Katanya, polis tidak menemui apa-apa dokumen atau nota dalam beg pakaian tersebut.

kemalangan bot cederakan 2 pelancong

Bernama - 2 pelancong cedera kemalangan bot

KUALA TERENGGANU - Sepasang pelancong dari Norway cedera dalam satu kemalangan bot di perairan Pulau Perhentian, petang semalam.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah II Negeri Supt K. Manoharan hari ini berkata, dalam kemalangan pukul 6.15 petang itu Steiro Kelly, 29, seorang jurutera cedera ringan manakala isterinya Tina Mariann Steiro, 30 seorang guru, patah tulang selangkanya.

Wanita itu masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini manakala suaminya telah dibenar keluar dari hospital, hari ini, katanya kepada pemberita di sini.
Manoharan berkata, kejadian berlaku ketika kedua-duanya yang menaiki bot laju bersaiz kecil, yang dipandu seorang lelaki tempatan, baru balik dari aktiviti menyelam di Pulau Perhentian Besar.
"Ketika tiba di tempat kejadian, sebuah bot yang membawa barang yang agak besar bertembung dengan bot yang membawa pelancong dari Norway itu,” katanya. -

suami isteri miliki dadah

Kosmo -Polis tahan suami isteri miliki dadah
ALOR SETAR - Polis Kedah menahan tiga orang termasuk sepasang suami isteri dan merampas 648 gram dadah jenis heroin bernilai hampir RM40,000 dalam dua operasi semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, dalam operasi pertama polis menahan sepasang suami isteri yang menaiki sebuah kereta di persimpangan Jalan Kuala Kedah pada pukul 1.10 tengahari hasil maklumat orang ramai.
"Polis kemudian dibawa ke rumah suspek di Taman Juragan dan menemui satu plastik beg hitam di bawah katil yang mengandungi dua plastik besar lutsinar serta 36 plastik kecil berisi dadah disyaki heroin seberat kira-kira 500 gram bernilai RM35,000,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau berkata, polis turut merampas sebuah kereta Proton Wira, alat penimbang, telefon bimbit, barang kemas dan wang tunai berjumlah RM7,750 daripada suspek. - Bernama