Header Ad Banner

TANDA PILIHAN RAYA NEGERI HAMPIR

Taib: BN sudah sedia, calon sudah ada Barisan Nasional (BN) Sarawak sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya negeri dan senarai nama calon juga telah diterima, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday, August 26, 2010

ditembak mati selepas merompak

Kosmo -Dua mati selepas merompak


Anggota polis memeriksa mayat seorang penjenayah yang ditembak mati di Kampung Sungai Lang, Kuala Langat semalam.


KUALA LANGAT – Keseronokan tiga lelaki yang berjaya merompak wang berjumlah RM6,000 di pejabat syarikat pengangkutan bas Cityliner di pekan Banting dekat sini semalam berakhir dengan dua daripada mereka ditembak mati setengah jam selepas mereka melakukan jenayah itu.
Semasa rompakan pada pukul 12 tengah malam, dua pekerja syarikat Cityliner tersebut sedang menutup pejabat mereka sebelum didatangi tiga penjenayah itu.

Salah seorang penjenayah itu melepaskan dua das tembakan amaran sebelum mereka melarikan wang tunai berjumlah RM6,000.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, polis yang menerima maklumat berhubung kejadian rompakan itu pada pukul 12.20 berjaya mengesan kereta yang dinaiki suspek di Kampung Sungai Lang Dalam iaitu kira-kira dua kilometer dari lokasi rompakan.
“Suspek memecut laju kereta itu menyebabkan ia terbabas ke kawasan tali air.
“Salah seorang suspek keluar dari kereta dan melepaskan dua das tembakan ke arah polis,” kata beliau di sini semalam.
Ekoran tindakan agresif itu, polis terpaksa membalas tembakan penjenayah itu menyebabkan dua daripada tiga suspek yang menaiki kereta tersebut mati.

Dua sahabat jual ganja dan heroin dicekup

Kosmo -Dua sahabat jual ganja dan heroin dicekup
MAT FAUZI menunjukkan bungkusan dadah jenis ganja dan heroin yang dirampas daripada dua lelaki di Bagan Serai semalam.


BAGAN SERAI - Hasrat dua sahabat untuk mencari wang lebih pada bulan Ramadan dengan menjual ganja dan heroin kepada penduduk di beberapa kampung di sini tidak kesampaian selepas dicekup polis malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kerian, Supritendan Mat Fauzi Nayan berkata, mereka yang berusia 33 dan 34 tahun itu ditahan di dua lokasi berasingan dan dadah bernilai lebih RM140,000 dirampas.
Katanya, dalam serbuan pertama di sebuah rumah di Kampung Sungai Kepak, Simpang 4 Semanggol di sini sebanyak tiga ketulan ganja mampat seberat 300 gram setiap satu dijumpai.
"Selepas lelaki yang hanya bekerja kampung itu ditahan pada pukul 6.30 petang, dia kemudian membawa polis ke kediaman rakannya di Simpang, Taiping dua jam selepas itu.
"Hasil serbuan di lokasi kedua, polis memberkas seorang peniaga dan menemui 2,440 gram ganja mampat dan 1,300 gram heroin yang sedang diproses untuk dipek dan dipasarkan," katanya.

guru tadika ditikam peragut

Kosmo -Telefon anak sebelum maut
TRAGEDI...orang ramai di tempat mangsa ditikam peragut atas jejantas di Sungei Way, semalam. 

KUALA LUMPUR: Seorang guru tadika yang ditikam hingga mati dalam kejadian samun di jejantas Sungei Way berhampiran Bandar Sunway, dekat sini, sempat menghubungi anaknya bagi memaklumkan kejadian menimpanya.


Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa, Leong Lai Yoong, 57, gagal memberitahu apa yang berlaku sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Peragut yang berumur 20-an cuba merampas beg tangan Leong, namun mangsa melawan menyebabkan dia ditikam di rusuk kiri.

Suami mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lock, 60, berkata isterinya sempat menghubungi anak mereka berusia 19 tahun yang menuntut di Kedah menggunakan telefon bimbit sejurus dia ditikam.

Bagaimanapun, katanya, isterinya tidak sempat memberitahu apa yang berlaku berikutan parah sebelum menghembuskan nafas terakhir.

“Saya amat terkejut kerana isteri tidak membawa barang berharga jauh sekali memakai barang kemas. Setiap hari dia akan menaiki bas dari rumah kami di Taman Muda, Shah Alam, untuk pergi ke tadika di Subang Jaya.

“Dia biasanya akan bangun jam 4 pagi untuk memasak sarapan sebelum keluar rumah jam 6 pagi setiap hari,” katanya.

Menurutnya, isterinya pernah bertarung nyawa mengharungi kanser payu dara sebelum sembuh hampir setahun lalu.

Sementara itu, Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Asisten Komisioner Omar Mamah, berkata mangsa parah di rusuk kiri akibat ditikam dengan sebilah pisau oleh seorang lelaki dipercayai cuba menyamunnya.

“Ia berlaku apabila mangsa melintas jalan menggunakan jejantas itu ketika ingin ke tempat kerjanya.

“Suspek yang berusia awal 20-an itu dipercayai menikam rusuk kiri mangsa sebelum melarikan diri ke arah sebuah stesen minyak berhampiran,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, dalam kejadian itu, pihaknya percaya motif utama adalah cubaan samun, tetapi suspek tidak berjaya kerana mangsa cuba melawan.

Katanya, selepas kejadian mangsa ditemui tidak sedarkan diri oleh orang ramai dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan pemeriksaan forensik menemui sebilah pisau dipercayai digunakan suspek yang dibuang di tepi longkang berhampiran kawasan kejadian.

Omar berkata, polis akan mengesan cap jari pada pisau berkenaan bagi mengetahui identiti suspek terbabit.

Beliau berkata, polis juga akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sekitar lokasi kejadian bagi menjejaki suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

samun bekas adun

Bernama -Bekas Adun disamun
SEREMBAN: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan sejumlah wang tunai milik seorang bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilarikan tiga penjenayah dalam kejadian samun berhampiran Taman Dusun Nyiur di sini, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi mangsa yang memandu SUV jenis Nissan X-Trail dikatakan disamun selepas menghantar anaknya ke sebuah sekolah menengah di sekitar Ampangan di sini.
"Sebuah kereta jenis Proton Saga dinaiki tiga lelaki dipercayai berumur sekitar 30-an menghalang kenderaan mangsa di lokasi kejadian.

"Dua suspek kemudian meluru keluar ke arah kenderaan mangsa, sebelum bekas ADUN itu dilarikan bersama kenderaannya menuju ke arah Kuala Pilah," kata Mohd Yusoff ketika mengesahkan kejadian itu di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa dicampak keluar dari kenderaan di satu lokasi sekitar Paroi dan semua penjenayah terbabit dipercayai meneruskan perjalanan menghala ke Kuala Pilah.

Selain SUV berkenaan, ketiga-tiga suspek turut melarikan wang tunai dianggarkan RM6,000 dan dokumen pengenalan diri milik mangsa.

Katanya, pihak polis melancarkan gerakan memburu tiga penjenayah berkenaan.

Wednesday, August 25, 2010

Geng black Curi motosikal dalam 5 saat

Kosmo - Curi motosikal dalam 5 saat
AZIZ menunjukkan kunci yang telah diubahsuai oleh Geng Black bagi mencuri motosikal di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan semalam.

JOHOR BAHRU - Hanya dengan menggunakan kunci yang diubahsuai, kumpulan penjenayah dikenali Geng Black dikatakan mampu mencuri sebuah motosikal dalam tempoh tidak sampai lima saat.
Menjadikan motosikal jenis Yamaha LC sebagai sasaran, geng itu menggunakan kunci tersebut untuk menghidupkan motosikal mangsa, selain dikatakan turut berupaya membuka pelbagai alat keselamatan tambahan yang dipasang pada motosikal.

Difahamkan, kunci terbabit yang mudah diperoleh di pasar-pasar malam dengan harga RM6 diubahsuai termasuk dengan menajamkan penghujung kunci bagi memudahkan mereka melakukan aktiviti jenayah.
Geng yang aktif sejak awal tahun ini bagaimanapun tumpas apabila lapan lelaki termasuk ketuanya dikenali sebagai Black dicekup dalam lima serbuan berasingan selama lima hari berturut-turut sehingga Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, kesemua suspek yang berusia antara 17 hingga 40 tahun itu disyaki menjadikan motosikal yang diletak di pusat beli-belah dan pasar malam sebagai sasaran.
"Hasil siasatan mendapati geng terbabit akan bertindak memadamkan nombor casis serta mengubahsuai motosikal yang dicuri bagi mengaburi mata pihak berkuasa," katanya kepada pemberita di sini semalam.

minuman beralkohol perisa buah-buahan


 Kosmo -Minuman ringan beralkohol
MOHAMED menunjukkan sebahagian minuman ringan beralkohol menggunakan label buah-buahan di pejabatnya di Pulau Pinang semalam.

GEORGE TOWN - Kerajaan digesa mengharamkan minuman ringan beralkohol yang menggunakan label buah-buahan kerana ia dibimbangi menjejaskan otak penggemarnya terutama pelajar dalam jangka panjang.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S. M. Mohamed Idris berkata, satu kajian hasil daripada aduan guru-guru mendapati, sekelompok pelajar sebuah sekolah di barat daya Pulau Pinang telah ketagih minuman tersebut.

Beliau berkata, terdapat 15 jenis minuman mengandungi alkohol sehingga 5.5 peratus kini dijual secara meluas di pasar raya dan kedai 24 jam di negeri itu.
Menurutnya, ia juga diletakkan sebaris dengan minuman biasa dan boleh dibeli oleh sesiapa sahaja termasuk remaja dan kanak-kanak.
"Penjualan minuman dengan harga di antara RM4 hingga RM10 sebotol ini bertentangan dengan undang-undang yang melarangnya dibeli oleh individu berumur 18 tahun ke bawah,'' katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Dua sahabat maut bertembung lori

Kosmo - 2 rakan mati dirempuh lori
KUALA SELANGOR: Dua sahabat baik maut selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 38, Jalan Kuala Selangor-Meru, Puncak Alam, dekat sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, penunggang, Amin Syahideen Tazhar, 16, dan pembonceng, Mohammad Shahrul Hafiz Azmi, 17, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Bagaimanapun, pemandu lori berusia 48 tahun hanya cedera ringan.

Difahamkan, kedua-dua mangsa yang tinggal berjiran itu dalam perjalanan ke Meru untuk bertemu rakan.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan Che Hussin Omar, berkata kemalangan berlaku ketika penunggang motosikal bersama pembonceng cuba memotong kenderaan di hadapan dan masuk ke laluan bertentangan.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian, penunggang terbabit gagal mengawal kenderaannya sebelum bertembung dengan lori berkenaan.

“Berikutan itu, kedua-dua remaja yang memakai topi keledar itu tercampak ke tengah jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini, semalam.

Impak daripada kejadian itu, pemandu lori terbabit mengawal kenderaannya sebelum masuk ke dalam parit sebelah kiri jalan. 

Che Hussin berkata, bedah siasat dijalankan di Hospital Tanjung Karang (HTK) mendapati punca kematian akibat kecederaan parah di kepala.

“Kedua-dua mangsa adalah pelajar Sekolah Menengah Puncak Alam dan tinggal di Bandar Baru Puncak Alam,” katanya menambah Mohammad Shahrul tinggal di No 59, manakala Amin Syahideen di No 43, Lorong Mahkota Impian 2/20 Bandar Puncak Alam.

bapa sembelih anak tiga tahun

Kosmo - Tergamam leher terkulai
DITENTERAM...adik-beradik mangsa ditenteramkan saudara-mara selepas adik mereka berumur tiga tahun disembelih bapa sendiri di rumah, semalam.

KOTA BHARU: “Saya tergamam melihat leher anak saya terkulai berlumuran darah selepas disembelih suami,” kata Nik Suzila Nik Hashim, 32, ibu kepada Mohamad Adam Muszahffar Muhaimin, 3, yang mati selepas dipercayai disembelih bapanya di Kampung Sungai Keladi semalam.

 TAHAN...suspek membunuh kanak-kanak tiga tahun ditahan polis. 

Nik Suzila berkata, selepas menyembelih anak, suaminya yang mengalami masalah mental cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya menggunakan pisau sama, namun tidak berjaya kerana ditahan polis.

Menurutnya, sebelum kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, dia dan suaminya, Muhaimin Sauntar, 33, sempat berbual-bual sebelum suaminya mengadu kepanasan dan berjalan ke arah dapur sambil diekori Mohamad Adam Muszahffar.

Katanya, tidak lama kemudian dia terdengar jeritan kuat Mohamad Adam Muszahffar dan pada mulanya menyangka anak kedua daripada tiga beradik itu terjatuh di dapur.

“Saya segera ke dapur dan terkejut melihat anak saya terkulai berlumuran darah selepas disembelih suami. Saya tak sangka dia sanggup berbuat begitu. Saya mampu menjerit dan makin terkejut apabila suami cuba mengelar lehernya sendiri,” katanya.

Menurut Nik Suzila, turut berada di rumah ketika kejadian, anak bongsunya, Siti Aisyah, 2, manakala anak sulung, Nur Syafikah, 8, berada di sekolah.

Sunday, August 22, 2010

Remaja mangsa terbaru kencing tikus

Kosmo - Remaja 17 tahun mangsa terbaru kencing tikus
ALOR SETAR – Seorang remaja berusia 17 tahun meninggal dunia kerana dijangkiti bakteria kencing tikus setelah mandi di Taman Rekreasi Puncak Janing di Kuala Nerang semalam.
Pengarah Kesihatan Kedah, Dr. Marzuki Md. Isa berkata, mangsa berasal dari Kampung Rambai, Mukim Bukit Raya, Pendang dikatakan mandi di kawasan itu bersama empat lagi rakan-rakannya.
“Mereka mandi di kawasan larangan tersebut pada 16 Julai lalu.

“Namun begitu, rakan-rakannya yang lain bebas daripada jangkitan tersebut tetapi kesihatan mereka masih lagi dipantau,” katanya ketika dihubungi semalam.
Marzuki menambah, jumlah kematian yang membabitkan jangkitan kencing tikus di negeri ini melibatkan dua kes. Beliau meminta orang ramai mematuhi arahan agar tidak berkelah di kawasan yang di larang
“Antara kawasan rekreasi berkenaan ialah Taman Rekreasi Puncak Janing di Kuala Nerang, Taman Rekreasi Lata Bayu di Baling dan Taman Rekreasi Bukit Wang di Kubang Pasu masih ditutup buat sementara waktu bagi tujuan pembersihan,” jelasnya lagi.

Saturday, August 21, 2010

pengarang Malaysia Nanban terima ugutan bunuh


Utusan - Ketua Pengarang dakwa terima ugutan bunuh
KUALA LUMPUR 21 Ogos - Ketua Pengarang harian Malaysia Nanban, M.S Maryanandy hari ini membuat laporan polis mendakwa beliau menerima ugutan bunuh daripada seorang individu yang tidak dikenali.
Maryanandy berkata beliau menerima panggilan ugutan itu daripada seorang pemuda India kira-kira pukul 9 malam tadi yang turut melemparkan kata-kata kesat kepadanya.

"Orang itu bercakap dalam bahasa Tamil mengugut akan bunuh saya dan akan menyerang pejabat akhbar Malaysia Nanban jika terus menulis berita-berita mengenai masalah kaum India," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini, hari ini.
Maryanandy berkata pada malam semalam ketuanya, Shafee Zaman Sikandar Batcha, yang merupakan pengarah akhbar itu, turut menerima panggilan ugutan yang sama melalui telefon bimbitnya 10 minit lebih awal daripada panggilan ugutan yang diterima beliau. - Bernama

"Ugutan yang sama diterima oleh Shafee, di mana pemuda itu tidak bagi tulis sebarang berita (mengenai isu tersebut). Kalau tidak, dia akan serang kami dan kami akan dibunuh," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, ASP Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan itu dan memberitahu perkara itu akan disiasat. - BERNAMA

14 ditahan Imigresen ketika cuba keluar negara

Utusan - 14 ditahan dalam serbuan Imigresen
JOHOR BAHRU 21 Ogos - Seramai 10 warga asing ditahan setelah dipercayai cuba menyusup keluar dari negara ini sempena bulan Ramadan dalam satu serbuan Jabatan Imigresen negeri di Lorong Haji Abdul Latiff, Kampung Sungai Tiram, dekat sini semalam.
Dalam serbuan di sebuah bangsal tidak bernombor pada pukul 7.30 malam itu, mereka yang ditahan terdiri daripada sembilan warga Indonesia termasuk seorang wanita dan seorang warga Bangladesh berusia antara 20 dan 48 tahun.

Turut ditahan seorang tekong warga Indonesia dan dua tekong rakyat tempatan serta seorang warga Bangladesh yang bertindak sebagai penjaga makan dan minum kumpulan rakyat asing berkenaan.
Ketua Bahagian Penguat Kuasa Imigresen negeri, Masri Adul berkata, siasatan awal mendapati bangsal itu dijadikan sebagai transit sebelum warga asing tersebut diseludup keluar dari negara ini menerusi 'jalan gelap'.
"Ketika serbuan, empat daripada mereka cuba meloloskan diri dengan terjun ke dalam sungai berhampiran tetapi berjaya ditahan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut beliau, kes itu disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (c), Seksyen 15(1)(c), Seksyen 55E, Seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen 1959/63.
Beliau berkata, kesemua yang ditahan ditempatkan di Depot Imigresen Pekan Nanas, Pontian untuk siasatan lanjut.
Katanya, pihaknya akan terus meningkatkan operasi bagi membanteras aktiviti penyeludupan seperti itu terutamanya menjelang musim perayaan.

Nora Danish dan kekasih baru

 Kosmo -Kekasih baru Nora Danish

GAMBAR-GAMBAR Nora Danish bersama lelaki bernama Shahrul yang didakwa sebagai teman lelakinya ketika ini.

HILANG panas kisah Jejai dan Fasha Sandha mengaku sedang intim menyintai antara satu sama lain, timbul pula kisah janda Jejai, Nora Danish.
Pelakon kecil molek itu heboh dikatakan sedang mengulit cinta dengan seorang jejaka tampan, anak Datuk yang berasal dari Kelantan.

Hendak kata sahih, Diva tidak berani cakap tapi melihatkan gambar-gambar kemesraan Nora dengan jejaka yang dikenali sebagai Shahrul itu, mereka sememangnya seolah-olah ada hubungan yang sangat akrab.
Nora pula ketika diterjah teman media dalam satu acara berbuka puasa di ibu negara baru-baru ini mengaku dia dan si Shahrul yang dimaksudkan itu sedang mengenali hati budi masing-masing. Mereka baru dua bulan berkawan.
Sebenarnya, Diva macam pernah nampak Shahrul yang didakwa ramai sebagai buah hati Nora itu.
Tambahan pula ada yang kata, sebelum ini Shahrul yang lebih muda beberapa tahun daripada Nora itu pernah bercinta dengan seorang pelakon Indonesia.
Kalau tak salah juga, Wangi daripada kumpulan Fabulous Cat pun bercinta dengannya suatu ketika dahulu.
Ada satu lagi cerita lain yang disampaikan ke telinga Diva oleh seorang teman.
"Kau tau tak, mamat tu suka sangat tayang gambar berkepit dengan Nora dalam Facebook, aku tak tahulah apa motif dia.
"Lepas tu, tahulah anak orang kaya, tapi takkan satu badan bersalut Hermes," kata Cik Kid Mulut Muncung sambil memuat turun gambar-gambar mesra Nora dan Shahrul ke telefon Diva.
Banyak versi pula cerita tentang teman tapi mesra Nora ni kan. Tak apalah, tak salah berkawan dengan siapa yang kita suka, asalkan tahu berpada-pada. Mencari bahagia tak pernah jadi satu kesalahan.

Diva: Kirimkan sekalung doa buat keluarga penulis lirik terkenal, Ad Samad dan isterinya, Dang Suria agar tabah dengan ujian yang menimpa cahaya mata mereka yang lahir dua bulan awal pada pagi 19 Ogos lalu dan sedang dalam keadaan kritikal.

Friday, August 20, 2010

pekerja kontrak temui cicak tokek

http://www.bina-website-sendiri.com/images/header.jpg






Utusan -Tujuh ekor cicak tokek ditemui






Dua daripada tujuh ekor cicak tokek yang ditemui di Bukit Teluk Bahang, Pulau Pinang, semalam.

BALIK PULAU 20 Ogos - Bukan seekor tetapi tujuh ekor cicak besar atau dikenali sebagai tokek ditemui dua pekerja kontrak di Bukit Teluk Bahang berhampiran Taman Negara Pulau Pinang dekat sini sejak sebulan lalu.
Menurut Syafiz Abdul Shomad, 26, dia menemui cicak itu bersama rakannya, Aiman Alias, 25, secara tidak sengaja semasa mereka menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan bukit tersebut bulan lalu.

Kata Syafiz, pada mulanya mereka hanya menemui seekor cicak tokek sederhana besar seberat kira-kira 250 gram yang ketika itu berada di atas dahan pokok yang ingin dicantas mereka.
''Kami melihat cicak ini amat menarik dan unik kerana bintik-bintik merah yang terdapat pada kulitnya dan dia amat berbeza daripada cicak biasa lalu kami berusaha menangkapnya.
''Walaupun cicak ini nampak jinak, sebenarnya ia bergerak sangat laju dan amat sukar untuk ditangkap,'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Kampung Terang di sini, hari ini.
"Selepas berjaya ditangkap kami cuba mencari maklumat di Internet dan tidak sangka cicak ini adalah cicak tokek yang didakwa mampu mengubati pelbagai penyakit berbahaya termasuk melawan HIV dan AIDS yang harganya mencecah jutaan ringgit sekilogram," katanya.
Menurutnya, selepas mengetahui khasiat dan nilai cicak tersebut yang dikatakan boleh mencecah jutaan ringgit, dia bersama rakannya kemudian cuba mengesan kemungkinan terdapat cicak tokek lain di kawasan berkenaan.
Kawasan tersebut, kata mereka, dikatakan sesuai sebagai habibat cicak tokek kerana ia sejuk dan tidak terganggu dengan kegiatan pembangunan.
Katanya, usaha keras hampir tiga minggu berulang alik ke hutan tersebut akhirnya membuahkan hasil apabila enam ekor lagi cicak tokek berjaya ditemui termasuk yang paling besar seberat 350 gram dengan panjangnya kira-kira 30 sentimeter.
"Cicak tokek ini mendapat permintaan yang tinggi dari negara seperti China dan Jepun," ujarnya.
Justeru, menurut Syafiz, dia dan rakannya berhasrat untuk menjual haiwan itu. Bagi yang berminat boleh hubungi 012-4619676 (Syafiz) dan 013-4521642 (Aiman).

Bapa rogol anak dipenjara 60 tahun

Utusan - Sumbang mahram: Bapa, anak dipenjara
KUCHING 20 Ogos - Seorang kakitangan awam dihukum penjara 60 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini setelah didapati bersalah atas lima pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap seorang anak perempuannya yang kudung tangan kanan.
Dua anak lelakinya yang berusia 24 dan 22 tahun pula masing-masing dihukum penjara 36 tahun dan sebatan 24 kali atas dua kesalahan sama.

Atas faktor usia, bapa mereka yang berusia 52 tahun terlepas daripada menjalani hukuman sebatan.
Kesemua kes didakwa mengikut Seksyen 376(A) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376(B) kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Hakim Amelati Parnel menjatuhkan hukuman 60 tahun terhadap bapa mangsa yang disabitkan atas lima pertuduhan merogol anak perempuannya yang kini berusia 20 tahun di lima lokasi berasingan antara 2006 dan 2008.
Bagi kesalahan pertama, tertuduh dihukum penjara 20 tahun mulai tarikh dia direman iaitu pada 18 Februari 2009.
Hukuman penjara 20 tahun bagi pertuduhan kedua hingga keempat pula diperintahkan berjalan serentak dan berkuat kuasa sebaik sahaja hukuman bagi pertuduhan pertama selesai.
Hukuman penjara 20 tahun bagi pertuduhan kelima pula berjalan selepas kedua-dua hukuman terdahulu selesai.
Sementara bagi kedua-dua abang mangsa, mereka disabitkan bersalah atas dua pertuduhan merogol mangsa yang sama antara Januari dan Disember 2006 dan tempoh yang sama pada 2007.
Terdahulu, peguam yang mewakili mereka, Mohd. Fairus Masri memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kepada mereka berikutan keluarga berkenaan baru sahaja kehilangan anak bongsu berusia 10 tahun.
Selain itu, katanya, tertuduh pertama menghadapi masalah kesihatan serta keluarga mereka terpaksa berhadapan dengan pandangan negatif masyarakat.
Namun, Amelati menegaskan, kesemua tertuduh seharusnya menjadi contoh dan pelindung kepada mangsa yang kudung tangan kanannya.
"Semasa perbicaraan, mangsa trauma dan hidup berlinangan air mata sehingga telah dirujuk ke Hospital Sarawak. Tidak dinafikan tindakan itu telah memberi kesan yang mendalam.
"Hukuman ini dibuat sebagai pengajaran kepada orang ramai dalam memastikan anak-anak diberi peluang untuk hidup sempurna walaupun mangsa dalam kes ini ialah insan kurang upaya," katanya.

Mayat bayi disangka buah cempedak

Kosmo -Mayat bayi dibalut kain
MAYAT bayi lelaki berusia hampir setahun ditinggalkan di sebuah perhentian bas sebelum ditemui oleh seorang pengawal keselamatan di Rembau semalam.


REMBAU - Seorang pengawal keselamatan terkejut apabila mendapati bungkusan kain yang disangka buah cempedak rupanya mengandungi mayat seorang bayi lelaki di sebuah perhentian bas di kilometer 17 Jalan Pedas-Linggi di Kampung Kundur Hilir dekat sini semalam.

Kejadian pukul 6 pagi itu disedari Mohamad Som Adlan, 62, selepas dia diminta oleh beberapa pelajar sekolah yang sedang menunggu bas di situ supaya melihat satu bungkusan kain yang mencurigakan ditinggalkan di atas bangku.
"Saya ingat buah cempedak tetapi bila dibuka saya amat terkejut apabila mendapati ia mengandungi mayat bayi.
"Mayat bayi itu lengkap berpakaian dan dibalut dengan tuala serta kain batik," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Tambahnya, dia dan beberapa lelaki kemudian menghubungi polis selepas mendapati bayi tersebut sudah tidak lagi bernyawa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Supritendan Mizan Md. Dom berkata, mayat bayi malang itu dianggarkan berusia di antara 10 dan 12 bulan serta berketurunan Melayu.
Mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban untuk dibedah siasat.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau di talian 06-6852222 atau 36-6851999 bagi membantu siasatan.

sembunyikan Dadah RM15.2 juta dalam kain

Kosmo -Dadah RM15.2 juta dalam kain

ZUL HASNAN (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian pil eramin 5 yang dirampas daripada sebuah gudang di Jalan Kuala Kangsar pada sidang akhbar di Ipoh semalam.


IPOH – Tembelang satu sindiket menyembunyikan 1,015,500 biji pil khayal jenis eramin 5 bernilai RM15.2 juta di dalam 58 gulungan kain terbongkar apabila polis menyerbu sebuah gudang di Jalan Kuala Kangsar di sini petang kelmarin.

Serbuan itu dilakukan hasil kejayaan polis menahan 17 ahli sindiket dadah antarabangsa di Ayer Hitam, Johor 12 Ogos lalu yang menyaksikan polis merampas sebanyak 824,500 biji pil yang sama bernilai RM12.37 juta disembunyikan di dalam patung peragaan pakaian.
Suspek berusia di antara 28 dan 74 tahun itu terdiri daripada sembilan warga tempatan, empat Taiwan, tiga Singapura dan seorang Indonesia.
Difahamkan, di gudang tersebut, sindiket berkenaan menyembunyikan sebanyak 600 papan pil tersebut di dalam setiap gulungan kain.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Zul Hasnan Najib Baharuddin berkata, rampasan tersebut merupakan yang terbesar melibatakn pil eramin 5 tahun ini di mana polis menjangkakan dapat menyekat pengedaran hampir 2 juta bahan khayal itu.
“Serbuan dilakukan selepas salah seorang daripada 17 suspek yang ditahan sebelum ini mengaku terlibat menyembunyikan dadah tersebut di situ sebaik kita menjalankan soal siasat terhadapnya,” katanya pada sidang akhbar di mes pegawai kanan polis di sini semalam.

paksa remaja lakukan seks oral Penarik kereta dipenjara 14 tahun

Kosmo -Penarik kereta dipenjara 14 tahun
MOHD. AZIB kelihatan tenang selepas Mahkamah Sesyen
di Melaka menjatuhkan hukuman penjara dan sebatan ke atasnya semalam.

MELAKA – Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan empat sebatan ke atas seorang penarik kereta selepas dia mengaku bersalah memaksa dua remaja yang kedua-duanya berusia 15 tahun sembilan bulan melakukan seks oral terhadapnya tahun lalu.
Hakim Zaharah Hussain memerintahkan hukuman penjara terhadap Mohd. Azib Hamidon, 25, berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 21 Jun tahun lalu.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan kesalahan itu ke atas seorang remaja perempuan tanpa kerelaannya di Ladang Kelapa Sawit Nyalas, pada pukul 1.10 pagi, 21 Jun 2009.
Tertuduh juga didakwa telah sengaja mendatangkan kecederaan kepada remaja berkenaan di tempat sama, pada pukul 1.05 pagi, hari yang sama.

Thursday, August 19, 2010

warga asing tawar khidmat seks cedera terjun tingkap

Utusan -23 wanita warga asing tawar khidmat seks diberkas di spa
TIGA anggota polis termasuk seorang anggota wanita memeriksa dua wanita warga asing yang mengalami kecederaan dan hanya mampu terbaring selepas terjun dari tingkap sebuah pusat kesihatan di hotel tiga bintang di Klang, malam kelmarin.


KLANG 19 Ogos – Walaupun pernah diserbu awal tahun ini kerana menawarkan perkhidmatan seks, pemilik spa yang beroperasi di sebuah hotel tiga bintang di sini masih belum serik dan terus menjalankan aktiviti tidak bermoral itu secara sembunyi-sembunyi.
Bagaimanapun kegiatan itu berjaya dihidu pihak polis dan seramai 23 wanita warga asing Indonesia dan China berusia antara 20 tahun hingga 30 tahun dipercayai tukang urut yang menawarkan khidmat seks diberkas di pusat tersebut dalam serbuan kira-kira pukul 10 malam tadi.

Semasa serbuan, enam daripada wanita yang cuba melarikan diri mengalami kecederaan akibat terjatuh di atas tempat letak kereta di tingkat lima hotel tersebut.
Sementara seorang lagi wanita ditemui dalam keadaan berbogel bersama seorang pelanggan di atas katil di dalam spa.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof berkata, turut diberkas dalam serbuan itu ialah dua lelaki tempatan yang bertugas sebagai penjaga spa tersebut, masing-masing berusia 20 dan 46 tahun serta empat pelanggan.
“Akibat cuba melarikan diri, enam daripada wanita yang diberkas cedera di kaki dan bahagian punggung.
“Polis menemui banyak kondom yang sudah digunakan berselerak dalam beberapa bilik khas dipercayai digunakan untuk khidmat seks kepada pelanggan spa ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Kata beliau, kesemua mereka yang cedera dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Ujar beliau, siasatan awal polis mendapati, pelanggan yang mahu mendapatkan khidmat seks di situ akan meminta pakej urut dalam bilik dan dikenakan bayaran antara RM150 hingga RM200 untuk sesi sejam.
Tambahnya, kesemua wanita warga asing yang diberkas di spa tersebut disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63.

Polis buru ahli perniagaan berhubung sindiket judi online

Utusan - Polis buru ahli perniagaan
KUALA LUMPUR 19 Ogos - Polis sedang memburu seorang ahli perniagaan yang dipercayai bertindak sub-ejen kepada satu sindiket perjudian secara online yang berjaya ditumpaskan polis semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, pihaknya masih menyiasat lokasi sebenar ahli perniagaan itu yang dipercayai terlibat secara langsung dalam sindiket perjudian antarabangsa terutamanya pertaruhan sukan bola sepak.
Beliau berkata, sindiket perjudian antarabangsa itu antara sindiket terbesar yang dikehendaki polis kerana melibatkan nilai taruhan antara RM500 juta hingga RM1 bilion untuk setiap satu acara sukan.
Jelas beliau, dalam serbuan yang dilakukan kira-kira pukul 2.30 petang semalam di Pusat Perniagaan Megan Avenue, Jalan Ampang di sini, polis menahan seramai 17 individu yang dipercayai pekerja kepada sub-ejen terbabit.

Katanya, ketika serbuan, kesemua pekerja yang berusia antara 20 hingga lingkungan 30-an itu sedang mengambil dan menerima pertaruhan daripada pelanggan.
"Ketika serbuan, sub-ejen sindiket itu tiada di pejabat dan kita hanya berjaya menahan pekerjanya sahaja.
"Oleh itu, kita sedang memburu sub-ejen terbabit yang masih bebas. Kita juga akan siasat sama ada ahli perniagaan itu masih berada di negara ini atau tidak," katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.
Tambah Mohd. Bakri, dalam serbuan itu, pihaknya telah merampas 34 unit komputer yang dipercayai digunakan untuk tujuan pertaruhan.
Katanya, sindiket perjudian atas talian itu dipercayai berpangkalan di Hong Kong dan mempunyai ejen serta sub-ejen di beberapa negara Asia.
Katanya, sindiket yang berjaya ditumpaskan semalam itu dipercayai telah diburu polis sejak dua tahun lalu selain sering bertukar-tukar lokasi.
"Nilai pertaruhan turut menggunakan mata wang Hong Kong dan kita percaya ia berpangkalan di negara terbabit," katanya.
Dalam pada itu, Mohd. Bakri memberitahu, siasatan awal pihaknya mendapati setiap seorang ejen mempunyai 9,000 sub-ejen dan setiap satu sub-ejen mempunyai 50 orang perantara atau runner.
Katanya, tugas bagi setiap sub-ejen adalah mengawal, menyelia dan mengurus segala pertaruhan daripada pelanggan yang membuat taruhan.
"Bagi runner pula mereka akan mencari dan menerima pertaruhan daripada pelanggan yang membuat taruhan.
"Setakat ini, kita percaya lebih 30 sub-ejen sindiket perjudian online ini beroperasi di negara ini," katanya.

Nama Guan Eng dalam doa khutbah jumaat

Utusan -Nama Guan Eng ganti Agong
TASEK GELUGOR 19 Ogos – Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang membantah penggunaan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di beberapa masjid, baru-baru ini.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penggunaan nama Setiausaha Agung DAP itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lalu di beberapa masjid sekitar sini, Permatang Pauh dan Jelutong.

Perkembangan itu, tegasnya, amat mengejutkan kerana seolah-olah ada usaha pihak tertentu untuk mencemarkan nama Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam di negeri ini.
“Lazimnya dalam doa kedua khutbah solat Jumaat, ada dibacakan doa untuk ketua negeri atau ketua agama Islam dan umum mengetahui di Pulau Pinang kita merujuk kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam.
“Penggunaan nama ketua menteri jelas mengingkari kuasa Yang di-Pertuan Agong seolah-olah ketua menteri pula menjadi ketua agama Islam,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat UMNO negeri di sini hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata, pihaknya mempunyai bukti berhubung perkara itu dan sedang meneliti sama ada wujud arahan tertentu daripada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang atau Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).
“Tindakan menggunakan nama ketua menteri dan digantikan dengan nama Yang di-Pertuan Agong juga sebenarnya di luar daripada amalan negeri-negeri lain di seluruh Malaysia selain bercanggah dengan keputusan Majlis Raja-Raja,” tegasnya.
Sementara itu, beliau turut mendedahkan terdapat pihak pengurusan beberapa masjid yang tidak lagi dibenarkan mengutip bayaran sewa bazar Ramadan yang beroperasi di pekarangan rumah ibadat itu sebaliknya kutipan tersebut disalurkan kepada pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Ahmad Zahid berkata, tindakan menghalang pengurusan masjid memungut wang kutipan bazar Ramadan terbabit jelas mencampuri pengurusan hal ehwal agama Islam selain dilihat menyalahgunakan dana masjid untuk kepentingan politik.
“Kalau dulu kutipan wang bazar Ramadan disalurkan kepada masjid tetapi kenapa pula sekarang tidak boleh tetapi disalurkan pula kepada pusat khidmat ADUN? Ini dana masjid yang digunakan untuk aktiviti-aktiviti masjid bukan untuk tujuan politik,” tegasnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid turut mempersoalkan tindakan Guan Eng menghadiri majlis-majlis pengagihan wang zakat kepada golongan memerlukan yang sepatutnya dilakukan oleh pemimpin Islam.
“Kalau pun kerajaan negeri mahu menggambarkan beliau (Guan Eng) sebagai pemimpin yang fleksibel tetapi kita percaya ada agenda tersembunyi untuk menggunakan Islam bagi meraih kepentingan politik,” katanya.

Benjy tunjuk tempat simpan syabu

Kosmo - Benjy tunjuk tempat simpan syabu
KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes dadah pelakon Benjy bermula semalam dengan Mahkamah Majistret di sini diberitahu oleh seorang pegawai polis bahawa dua paket plastik disyaki syabu dijumpai dalam serbuan di sebuah apartmen di Kepong pada 11 Mac lalu.
Asisten Supritendan Mohd. Ashril Md. Johar dari bahagian risikan operasi dan tahanan Ibu Pejabat Kuala Lumpur (IPKL) selaku saksi pertama pendakwaan berkata, dia menjumpai dadah di atas meja di ruang tamu rumah berkenaan.

"Namun apabila saya bertanya kepada lelaki Melayu (Benjy) dadah tersebut milik siapa, dia hanya mendiamkan diri," katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurmaardiana Mamat.
Terdahulu, saksi itu memberitahu, sepasukan anggota polis seramai lapan orang telah menangkap seorang lelaki Melayu (Benjy) dan perempuan Melayu di tempat letak kereta di apartmen Menara Duta 2 pada pukul 2.15 petang 11 Mac lalu.
Hasil pemeriksaan pada Benjy, mereka menemui kunci dalam poket seluar sebelah kanan dan kemudian pasukan polis dibawa lelaki itu ke apartmen Vista Mutiara di Kepong.
Di rumah bernombor C-13-6 itu, Mohd. Ashril mendakwa telah menjumpai dua paket lutsinar disyaki dadah syabu atas meja kecil di ruang tamu.
Ditanya bagaimana keadaan rumah tersebut, Mohd. Ashril memberitahu ia berserabut dan tidak kemas manakala pemeriksaan di dua buah bilik, tandas, dapur serta balkoni tidak menemui apa-apa.
"Saya tanya kepada lelaki Melayu (Benjy), selain tinggal di situ di mana lagi dia tinggal. Dia kata di Menara Duta 2," katanya.
Saksi menjelaskan, anggota polis kemudian kembali ke Menara Duta 2 di rumah No. A-6-5 namun setiba di sana Benjy merayu supaya gari di tangannya dibuka.

wanita larikan kereta di penjara 36 bulan

Kosmo -Wanita larikan kereta dipenjara

NOOR FADHILAH (kiri) dijatuhi hukuman penjara 36 bulan kerana melarikan dua buah kereta di Mahkamah Majistret di Melaka semalam.

MELAKA - Seorang wanita yang pernah mencetuskan kacau-bilau kerana melarikan kenderaan milik pegawai Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Mei dan Julai lalu dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Tertuduh Noor Fadhilah Mohd. Derus, 26, mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Muzila Mohamed Arsad.

Dalam pertuduhan pertama, tertuduh yang ketika itu ditangkap khalwat didakwa mencuri sebuah Toyota Avanza dengan nombor pendaftaran MBR 5140 di Kompleks Perniagaan Al-Azim, Bukit Palah di sini pukul 5 pagi pada 14 Mei lalu.
Tertuduh turut didakwa dengan sengaja mengadakan tentangan terhadap penangkapan yang sah di sisi undang-undang di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana melarikan diri dari tahanan.
Bagi pertuduhan ketiga Noor Fadhilah mencuri sebuah kereta Proton Waja, nombor pendaftaran WRL 5672 milik Ketua Pegawai Keselamatan JPM di Jalan Jasa Merdeka, Batu Berendam di sini pukul 9 malam pada 5 Julai lalu.

mencipta kemalangan untuk melarikan kenderaan

Kosmo -Cipta kemalangan larikan kereta

NAJIB (kanan) bersama pegawainya melihat kereta Proton Saga BLM yang ditinggalkan penjenayah selepas mencurinya di Lahad, Ipoh kelmarin.


BATU GAJAH - Taktik seorang lelaki yang mencipta kemalangan untuk melarikan kenderaan yang dinaiki mangsanya dapat memperdaya dua wanita dalam kejadian di dua lokasi dalam tempoh enam jam di Ipoh dan Batu Gajah kelmarin.
Kejadian pertama berlaku pukul 4 petang apabila kereta jenis Proton Saga BLM milik seorang juruteknik wanita berusia 51 tahun dilarikan suspek yang menaiki sebuah motosikal yang dicuri di Tapah sehari sebelum itu.

Dalam kejadian itu, suspek berusia lingkungan 30-an tersebut bertindak melanggar belakang kereta mangsa ketika wanita itu berhenti di lampu isyarat berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat Lahad, Ipoh.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Supritendan Ibrahim Abu Bakar berkata, wanita tersebut yang tidak mengesyaki apa-apa kemudian keluar untuk melihat kesan kerosakan.
"Suspek terus meluru masuk ke dalam kereta mangsa lalu memecut menyebabkan mangsa yang memandu bersendirian itu terpinga-pinga. Suspek meninggalkan motosikal curi itu di situ.
"Enam jam selepas itu, dengan menggunakan kereta mangsa pertama dan modus operandi yang sama, suspek telah melarikan sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Naza Citra milik seorang wanita berusia 35 tahun di Taman Batu Gajah Perdana di sini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh semalam.

Penjahat Empat Jahanam di penjara tujuh tahun

Kosmo -Seorang Penjahat 4 Jahanam dijel
AMPANG - Seorang penghantar dokumen yang disyaki Penjahat Empat Jahanam dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan tiga kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam setelah dia mengaku bersalah melakukan samun di sebuah klinik di pinggir ibu kota pada 7 Disember.
Terdahulu, tertuduh Zulkefly Jamuin, 28, mengejutkan banyak pihak apabila dengan tiba-tiba dia menukar pengakuan kepada mengaku bersalah di hadapan Hakim Azwarnida Affandi selepas pertuduhan dibacakan semula kepadanya.

Bagaimanapun, dua lagi tertuduh, Mohd. Hafizzudin Abdullah, 20, dan Mohd. Azri Saidin, 22, masih mengekalkan pengakuan tidak bersalah mereka.
Zulkefly yang berbaju putih dan berkopiah dilihat tenang selepas hukuman tersebut dijatuhkan terhadapnya.
Dalam rayuannya sebelum hukuman dijatuhkan, Zulkefly yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik memohon kepada mahkamah supaya dia dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh.
"Ibu bapa saya telah lanjut usia dan ini merupakan kesilapan pertama saya puan (Azwarnida).
"Buat masa ini saya mengikuti kelas agama di Penjara Sungai Buloh," katanya dalam nada yang tenang.
Bagi dua lagi tertuduh, kes itu ditangguhkan pada 30 September depan untuk sebutan semula.
Pendakwaan semalam dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ummi Aliza Ab. Kadir manakala peguam Datuk Taqiyuddin Yahya yang mewakili ketiga-tiga tertuduh tidak hadir kerana mempunyai urusan lain.

tanam janin depan rumah

Kosmo -Pasangan ditahan tanam janin
ANGGOTA polis memeriksa barang bukti yang ditemui ditanam di sebuah rumah di Kampung Bagan Dalam, Butterworth semalam.

BUTTERWORTH - Polis menahan satu pasangan remaja yang disyaki menanam janin bayi berusia lima bulan di halaman sebuah rumah di Kampung Bagan Dalam di sini semalam.
Pasangan berusia antara 17 dan 20-an itu ditahan pukul 2.50 petang selepas polis menerima maklumat dari penduduk sebaik terjumpa janin yang ditanam pasangan tersebut.

Difahamkan, pasangan tersebut telah bersekedudukan sejak beberapa bulan lalu di rumah yang turut didiami ibu remaja perempuan itu dan neneknya.
Kedatangan sepasukan polis ke kampung tersebut telah menyebabkan penduduk di situ menjadi gempar dan masing-masing menunggu sehingga polis selesai menggali bagi mencari janin tersebut bagi mengetahui apa yang berlaku.
Menurut sumber, polis yang memulakan operasi menggali kemudian menemui satu bungkusan plastik berisi sehelai kain batik yang mempunyai beberapa kesan tompokan darah dipercayai mengandungi janin berusia lima bulan tertanam kira-kira 0.5 meter.

Wednesday, August 18, 2010

60 peratus berzina kerana video lucah

Kosmo -60 peratus berzina kerana pengaruh video lucah
BAHAN lucah yang mudah diperoleh di Internet juga menjadi faktor pendorong berlakunya kes perzinaan.


KUALA LUMPUR – Satu kajian yang dibuat oleh seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun lalu mendapati 60 peratus kes perzinaan berpunca daripada menonton bahan-bahan lucah.

Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja UKM, Dr. Khaizil Ismail berkata, Kajian Remaja Berisiko Tinggi yang dijalankan selama enam bulan itu dijalankan di pusat-pusat pemulihan akhlak di seluruh negara merangkumi kira-kira 600 responden yang berumur antara 15 dan 20 tahun.
“Biasanya gadis yang sudah berzina dengan pasangan akan mengandung dan kemudian mengambil keputusan membuang bayi yang dilahirkan bagi mengelakkan rasa malu atau diketahui keluarga.
“Perzinaan yang berlaku akan menyebabkan terhasilnya anak luar nikah. Jadi, saya menyokong kenyataan bahawa kes-kes buang bayi yang semakin banyak sekarang ini adalah berpunca daripada menonton bahan-bahan lucah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Roslin lafaz cerai di hotel

Kosmo -Lafaz cerai di hotel
KERATAN Kosmo! semalam.


GOMBAK – Nurhayati Othman, isteri kepada jaguh badminton negara Roslin Hashim, mendakwa dia diceraikan oleh suaminya selepas dia mendapati lelaki itu berada bersama penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman di sebuah hotel di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 7 Ogos lalu.

Nurhayati yang merupakan Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) berkata demikian ketika memberi keterangan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini semalam.
Roslin atau nama sebenarnya Muhammad Roslin Hashim selaku defendan melalui peguamnya Roslizam Rahim mengesahkan menerima surat pengesahan perceraian itu pada Isnin lalu selepas pihak plaintif (Nurhayati) memfailkannya pada 10 Ogos lalu.
Nurhayati, 38, berkata, Roslin, 35, melafazkan cerai tersebut setelah dia dan ahli keluarganya termasuk ibu dan dua adik lelaki menyerbu bilik bernombor 533 dengan dibawa oleh Jalani Sidek (suami Raja Azmi).
“Tiada pertengkaran yang berlaku pada masa itu, cuma perdebatan. Defendan berada dalam keadaan sedar, siuman dan tenang duduk di atas kerusi. Selepas itu, saya bertanya, saya mahukan keputusan awak sekarang.
“Selang beberapa saat kemudian defendan membuat lafaz, ‘I cerai you lah’ di hadapan keluarga saya, Raja Azmi dan Jalani,” katanya.
Roslin yang turut dipanggil untuk memberikan kenyataan berkata, mereka telah memaksanya melafazkan cerai setelah mengesyaki dia berdua-duaan dengan Raja Azmi selepas mereka menyerbu bilik bernombor 533, Hotel Corus, Jalan Ampang pada 7 Ogos lalu kira-kira pukul 8.30 malam.
“Saya berada di luar hotel tersebut, bukan di dalam bilik seperti yang didakwa.

buang bayi di hospital

Kosmo -Ditahan selepas buang bayi
SEORANG anggota polis memeriksa mayat bayi lelaki (dalam bulatan) yang ditemui di pusat pengumpulan sampah Hospital Melaka semalam. Gambar kecil pula ialah bayi lelaki yang ditemui di Seberang Takir, Kuala Terengganu.


MELAKA - Tembelang sepasang kekasih yang membuang bayi lelaki berusia lima bulan ke dalam tong sampah Hospital Melaka di sini terbongkar apabila kedua-dua mereka ditahan ketika ibu bayi itu mendapatkan rawatan di hospital tersebut kelmarin.

Kejadian pukul 4 petang itu terbongkar apabila kakitangan hospital berasa curiga melihat keadaan wanita tersebut seperti baru bersalin walaupun pada mulanya dia menafikannya.
Selepas didesak, wanita tersebut akhirnya mengaku yang dia baru sahaja melahirkan anak di dalam tandas hospital sebelum membuangnya di dalam tong sampah.
Bagaimanapun, pencuci bangunan kemudian secara tidak sengaja telah memindahkan sampah yang mengandungi bayi tersebut ke dalam tong sampah besar.
Sehubungan itu, polis terpaksa mengambil masa selama dua hari untuk mencari mayat bayi tersebut dengan menyelongkar lebih 20 buah tong sampah sebelum ia ditemui pukul 1.50 petang semalam di pusat pengumpulan sampah hospital.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, siasatan mendapati pasangan tersebut berusia dalam lingkungan 20-an dan merupakan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).
"Sebaik menerima maklumat, kita telah melancarkan operasi mencari mayat bayi tersebut. Polis bernasib baik kerana menemuinya semula," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka semalam.

geng curi motosikal ampang

Kosmo -Geng curi motosikal tumpas
ABDUL JALIL (kiri) memeriksa motosikal yang dipercayai dicuri oleh geng mencuri motosikal di Ampang semalam.

AMPANG - Kegiatan 11 orang dari geng curi motosikal sejak awal tahun ini akhirnya tumpas selepas mereka dicekup polis pada Sabtu dan Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, kesemua mereka termasuk seorang warga Indonesia dan sepasang suami isteri berusia 18 dan 24 tahun ditahan dalam dua serbuan di sekitar daerah itu.

Katanya, tangkapan pertama pada Sabtu lalu melibatkan dua lelaki yang pada ketika itu sedang menunggang motosikal di Kampung Ampang, di sini dan siasatan lanjut polis menemui tiga motosikal curi pelbagai jenis di rumah mereka.
"Tindakan susulan dua hari kemudian, kita berjaya menahan sembilan lagi suspek dan pemeriksaan di rumah masing-masing yang terletak di sekitar daerah itu dan 10 motosikal dan tiga rangka motosikal ditemui.
"Berikutan kejayaan ini, kita yakin dapat menyelesaikan 13 kes kecurian motosikal di sekitar Ampang yang dipercayai dilakukan kumpulan tersebut," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.
Menurutnya, geng itu dianggap unik kerana terdapat mekanik dan mereka yang mengetahui tentang harga komponen motosikal di pasaran.
Ini, katanya, memudahkan mereka untuk berurus niaga dengan pelanggan.
Selain itu, jelas Abdul Jalil, geng tersebut turut disertai sekumpulan remaja yang bekerja sebagai budak penghantar dan penganggur.
"Kita percaya suspek menjual komponen tersebut dengan harga murah kepada penghantar surat yang menggunakan motosikal sebagai kenderaan utama untuk bekerja.
"Mereka juga menjualnya kepada mat-mat rempit yang menggunakan komponen tersebut ke atas motosikal mereka untuk berlumba," ujarnya.

Polis tahan lima orang termasuk suami isteri palsu kad kredit

Kosmo -Sindiket kad kredit palsu lumpuh
MUHAMMAD SABTU (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian kad kredit yang dipalsukan oleh satu sindiket di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Satu rangkaian sindiket pemalsuan kad kredit antarabangsa berjaya dilumpuhkan selepas polis menahan lima orang termasuk pasangan suami isteri dalam dua serbuan berasingan di ibu negara dan Shah Alam baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, dalam serbuan itu, polis merampas sebanyak 2,270 keping kad kredit kosong, 17 keping kad kredit yang telah siap dengan nama dan nombor akaun serta lima keping kad kredit di dalam beg milik salah seorang suspek.
Selain itu, katanya, turut dirampas beberapa pasport antarabangsa Malaysia, satu pasport palsu luar negara serta peralatan bagi memalsukan kad kredit yang kesemuanya bernilai RM23 juta.
Katanya, serbuan pertama dibuat di sebuah hotel di ibu negara pada 24 Julai lalu dan polis menahan dua lelaki berumur 38 dan 40 tahun yang dipercayai perancang utama sindiket berkenaan ditahan.
“Kegiatan sindiket itu berjaya dibongkar selepas mereka dikesan membuat pendaftaran masuk ke hotel berkenaan dengan menggunakan kad kredit palsu.
“Serbuan yang kita lakukan kira-kira pukul 4 petang di hotel tersebut mendapati mereka mendaftar untuk tiga bilik, salah satu daripada bilik itu kita dapati kosong dan di dalamnya terdapat satu komputer riba. Pemeriksaan ke atas komputer riba itu, maka terbongkarlah rahsia kegiatan mereka,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.

Pijak isteri sendiri yang hamil

Mymetro -Pijak isteri hamil
AMPANG: Puncanya hanya kerana menguatkan bunyi televisyen, namun habuan diterima begitu azab apabila seorang wanita yang sedang mengandung enam bulan dipijak suami sendiri dalam kejadian di sebuah pangsapuri di sini, Ahad lalu.
Berikutan itu, bayi dalam kandungan wanita terbabit masih belum diketahui tahap kesihatannya dan polis menunggu laporan perubatan akan dikeluarkan hospital dalam tempoh terdekat.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam ketika pasangan berkenaan baru setahun mendirikan rumah tangga berada di rumah sebelum berlaku pertengkaran.
“Ketika kejadian, suami mangsa memintanya memperlahankan suara televisyen dipasang dan mangsa mengikut arahan lelaki terbabit dengan memperlahankannya.

“Bagaimanapun, suaminya memberitahu dia mahu keluar bermain snuker bersama rakannya,” katanya.

Menurutnya, baru saja beberapa langkah suaminya mahu keluar, mangsa kembali meninggikan suara televisyen membuatkan lelaki berkenaan naik angin dan berpatah balik.

“Suami mangsa menghampiri dan dengan nada marah mendakwa mangsa cuba bersikap kurang ajar dan sengaja mencabarnya.

“Bagaimanapun, mangsa memberitahu tidak berniat mahu menyakitkan hati suaminya dan meninggikan suara televisyen kerana menyangkakan suaminya keluar,” katanya.

Sumber terbabit berkata, suaminya yang tidak puas hati jawapan diberikan terus meluru sebelum memukul tangan mangsa dengan kuat sehingga menyebabkan kecederaan.

“Tidak cukup dengan itu, suami mangsa yang panas baran naik angin dan memijak perut mangsa yang mengandung enam bulan.

“Mangsa hanya mampu meraung dan menjerit meminta suaminya berhenti dari memijak perutnya sebelum lelaki berkenaan menghentikan tindakan itu dan meninggalkan mangsa menahan kesakitan,” katanya.

Menurutnya, isteri malang terbabit yang tidak puas hati dengan tindakan suaminya itu membuat laporan kepada pihak berkuasa dan susulan itu, polis menahan suami mangsa yang berusia 20-an untuk membantu siasatan.

“Lelaki berkenaan ditahan di rumahnya kelmarin bagi membantu siasatan kes terbabit dan setakat ini polis menunggu laporan pemeriksaan hospital untuk menentukan keadaan bayi dalam kandungan wanita itu.

“Bagaimanapun, pemeriksaan awal mendapati wanita berkenaan bernasib baik kerana tidak keguguran dan mangsa mendakwa kandungannya sudah ada pergerakan dan mungkin dalam keadaan stabil,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan penahanan lelaki terbabit.

Chua soi lek di label kurang ajar

Malaysiakini - PERKASA mahu presiden MCA disiasat

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) meminta pihak polis menyiasat Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung kenyataannya berhubung ekuiti bumiputera yang didakwanya "berbaur hasutan" dan "tidak mengambil kira sensitiviti bumiputera".
Dalam laporan polis oleh setiausahanya, Syed Hassan Syed Ali, NGO Melayu itu mendakwa kenyataan Dr Chua dalam Kongres Ekonomi Cina pada 14 Ogos lalu tidak bertanggungjawab dan bertujuan memecahbelahkan keharmonian kaum.



"Dr Chua seharusnya menyedari kenyataan beliau boleh mencetuskan kegelisahan dan ketidakpuasan hati kaum bumiputera khususnya orang Melayu kerana Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memberikan keistimewaan kaum bumiputera sebagaimana peruntukan Artikel 153," laporan polisnya dipetik.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) meminta pihak polis menyiasat Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung kenyataannya berhubung ekuiti bumiputera yang didakwanya "berbaur hasutan" dan "tidak mengambil kira sensitiviti bumiputera".

Dalam laporan polis oleh setiausahanya, Syed Hassan Syed Ali, NGO Melayu itu mendakwa kenyataan Dr Chua dalam Kongres Ekonomi Cina pada 14 Ogos lalu tidak bertanggungjawab dan bertujuan memecahbelahkan keharmonian kaum.

"Dr Chua seharusnya menyedari kenyataan beliau boleh mencetuskan kegelisahan dan ketidakpuasan hati kaum bumiputera khususnya orang Melayu kerana Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memberikan keistimewaan kaum bumiputera sebagaimana peruntukan Artikel 153," laporan polisnya dipetik.

Dalam laporan polis itu juga, Syed Hassan mendakwa kenyataan Chua yang tidak bertanggungjawab itu "kalau terus dimainkan akan pasti mencetuskan perbalahan kaum di negara ini".

"Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlarutan dan kami mahu pihak polis membuat penyiasatan menyeluruh mengenai kenyataan Dr Chua ini dan membawa beliau ke muka pengadilan.

"Tindakan tegas perlu diambil oleh pihak polis agar perkara ini menjadi satu pengajaran kepada pihak-pihak lain agar tidak mempersoalkan kedudukan istimewa kaum bumiputera khususnya orang Melayu sebagaimana yang telah diperuntukkan di bawah Perlembagaan Negara dan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan," kata Syed Hassan.

Sehubungan itu, dalam laporan polis tersebut, Syed Hassan mahu polis menyiasat Chua di bawah seksyen 3 (1) (f) Akta Hasutan 1948 dan seksyen 4 akta yang sama.

Syed Hassan mendakwa, akta tersebut dengan jelas memperuntukkan bahawa sesiapa yang membangkitkan perasaan tidak puas hati dan kegelisahan rakyat dengan mempersoalkan keistimewaan sesuatu kaum "adalah menyalahi undang-undang dan boleh diheret ke mahkamah dan dituduh".

Sementara itu, dalam sidang media sejurus selepas membuat laporan polis, ahli Majlis Tertinggi PERKASA Amier Hassan membantah sekeras-kerasnya tindakan Chua yang didakwa menyentuh mengenai hak bumiputera.

"Kita membantas sekeras-kerasnya. Dan kita harap polis dapat menyiasat dengan terperinci sebab kesalahan sudah berlaku.

"Kalau kita bercakap tentang Akta Keselamatan Dalam Negeri pun, apa yang diperkatakan oleh Chua Soi lek itu sudah menjadi ancaman kepada keselamatan dalam negara kita. Apabila berlaku sesuatu prejudis, kerajaan mesti bertindak," katanya.

Kira-kira 15 penyokong PERKASA hadir membantah tindakan Chua itu dan mereka mengibarkan beberapa poster antaranya berbunyi "Chua Soi Lek Sudah Kurang Ajar".

Tuesday, August 17, 2010

MCA "ala DAP" ?

Utusan -Perbuatan 'ala DAP' bangkitkan rasa sakit hati
KUALA LUMPUR 17 Ogos - Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek diminta menghentikan perbuatannya yang 'ala DAP' kerana ia hanya akan membangkitkan rasa sakit hati kaum Melayu di negara ini.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr. Mohd. Puad Zakashi berkata, antaranya adalah tindakan Soi Lek menyentuh hak serta keistimewaan orang Melayu seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Beliau turut menyelar Soi Lek kerana menjadikan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sebagai kambing hitam tetapi tidak menegur pertubuhan Cina seperti Dong Zong yang sering membangkitkan isu-isu sensitif.

"Begitu juga dengan permintaannya memperbanyakkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Kerajaan tidak pernah mengabaikan usaha membina SJKC yang baru tetapi isunya ialah tanah dan kos. Soi Lek tahu mengenai perkara ini.
"Walau apa pun, di peringkat kerajaan sudah tentu keutamaan diberi kepada pembinaan sekolah kebangsaan kerana ia merupakan aliran utama dalam memenuhi hasrat Dasar Pelajaran Kebangsaan," katanya dalam blog puadzarkashii.blogspot.com.
Tulisannya itu sebagai mengulas kenyataan-kenyataan kontroversi Soi Lek yang disiarkan di akhbar-akhbar tempatan baru-baru ini.
Terbaru Soi Lek berkata, MCA tidak takut berkongsi pandangan dengan DAP dalam hal yang memberi keuntungan kepada masyarakat Cina.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengulas tindak-tanduk Soi Lek itu mengingatkan MCA supaya jangan terlalu ghairah menjuarai kepentingan dan tuntutan kaum sendiri sehingga menjejaskan kestabilan serta keharmonian antara kaum di negara ini.
Mohd. Puad menjelaskan, tidak seperti sekolah jenis kebangsaan, sekolah kebangsaan bukan untuk pelajar Melayu sahaja sebaliknya ia adalah sekolah bagi semua kaum.
"Untuk pengetahuan Soi Lek, banyak lagi sekolah kebangsaan khususnya di pedalaman dan luar bandar yang daif. Sekolah ini dipenuhi oleh pelajar daripada pelbagai keturunan seperti Iban, Kadazan, Penan, Murut dan Kayan.
"Apakah sekolah mereka yang daif itu mesti diabaikan hanya untuk memenuhi desakan Soi Lek," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Puad berkata, tidak dinafikan kini timbul kebimbangan bahawa Soi Lek terikut-ikut dengan rentak dan cara DAP bagi meraih semula sokongan masyarakat Cina.
"Sokongan orang Cina kepada MCA ternyata merosot. Pilihan raya kecil di Hulu Selangor dan Sibu membuktikan segalanya-galanya," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, Soi Lek tidak pula boleh mengambil jalan mudah dengan menuding jari kepada UMNO kononnya sikap beberapa pemimpin memperjuangkan isu orang Melayu menyebabkan orang Cina lari daripada menyokong BN.
"Peliknya ada antara mereka termasuk Soi Lek bebas sesuka hati membangkitkan isu-isu sensitif yang akhirnya menyakitkan hati orang Melayu," katanya.

Bot enjin galah seludup beras dirampas

Kosmo -Bot seludup beras dirampas





DUA pegawai PGM menunjukkan bot yang dirampas daripada dua penyeludup beras warga Thailand di Pengkalan Kubor semalam.


PENGKALAN KUBOR - Sebuah bot enjin galah milik rakyat Thailand yang penuh dengan muatan beras seludup dirampas oleh Pasukan Gerakan Marin (PGM) dalam operasi Octopus di pangkalan haram Pisau Raut, Kuala Jambu di sini Ahad lalu.

Pada masa kejadian, bot yang dinaiki oleh dua lelaki warga Thailand berusia dalam lingkungan 20-an itu baru tiba di pangkalan haram tersebut.
Penolong Pegawai Pemerintah Markas Operasi PGM Pengkalan Kubor, Asisten Supritendan Wan Ismail Wan Mamat berkata, empat anggotanya yang melakukan rondaan dalam operasi tersebut terserempak dengan bot itu pada pukul 12.20 tengah hari.
Menyedari kehadiran pihaknya, kedua-dua rakyat Thailand itu melarikan diri ke kawasan semak berhampiram.
"Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 36 kampit beras seberat 900 kilogram ada dalam bot berkenaan.
"Nilai rampasan beras dan bot enjin galah itu dianggarkan sekitar RM5,200," katanya ketika ditemui di sini semalam.

anggota narkotik dihukum penjara lima tahun simpan dadah

Kosmo -Polis narkotik kena jel
MELAKA - Seorang anggota polis berpangkat koperal yang menyimpan pelbagai jenis dadah untuk kegunaan sendiri di dalam peti simpanan pejabat dihukum penjara lima tahun dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Anggota bahagian siasatan jenayah narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, Zamry Zain, 31, itu disabitkan atas lima pertuduhan memiliki pelbagai jenis dadah berbahaya pada 2007 dan didenda RM15,000.
Majistret Muhamad Faizal Ismail membuat keputusan itu pada akhir kes pembelaan selepas meneliti semua fakta kes dan mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pembelaan.
"Tertuduh mengaku menggunakan peti simpanan itu sejak mula bekerja pada 1 Ogos 2006 dan kejadian berlaku pada 26 Oktober 2007, iaitu hampir satu tahun dua bulan.
"Jadi secara logiknya keterangan tertuduh mengenai tiada pengetahuan mengenai dadah itu adalah bentuk penafian kosong semata-mata," katanya.

mati jatuh kondominium

Kosmo -Maut terjatuh dari tingkat 16 kondo






ANAK panah menunjukkan lokasi pemuda Uzbekistan terjatuh dan mati di sebuah kondominium di Taman Ampang Utama, Kuala Lumpur semalam.




KUALA LUMPUR - Seorang pemuda Uzbekistan yang didakwa mengalami tekanan kerana masalah peribadinya ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Taman Ampang Utama di sini semalam.

Mangsa yang berusia 24 tahun itu dikatakan terjatuh dari pangsapuri itu pada pukul 10.30 pagi dan mayat mangsa ditemui penghuni di kondominium berkenaan dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, semasa kejadian itu ibu bapa dan seorang adik perempuan mangsa ada di dalam rumah tersebut.
"Mengikut keluarga mangsa, pemuda itu sejak kebelakangan ini dalam keadaan tertekan," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Tiga lelaki didakwa merompak dan lepas tembakan dengan niat

Kosmo -3 didakwa merompak, lepas tembakan


Tiga tertuduh kes merompak dan melepaskan tembakan di sebuah kedai emas di Pendang didakwa di Mahkamah Majistret Alor Setar semalam.

ALOR SETAR - Tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas dakwaan melakukan rompakan dan melepaskan tembakan dengan niat ingin membunuh di sebuah kedai emas di Pendang dekat sini bulan lalu.
Marzuki Choo Abdullah, 30, Lim Kok Sin, 39, dan Zulkifly A. Rahman, 25, mengaku memahami pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh itu.
Ketiga-tiga didakwa melakukan perbuatan itu di kedai emas Amigo, No. 27 Pekan Tanah Merah, Pendang dekat sini pada pukul 12.30 petang, 4 Julai lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan kerana melepaskan tembakan semasa melakukan kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Majistret Nor Azah Idris menetapkan 24 Oktober ini sebagai tarikh sebutan kes di Mahkamah Tinggi di sini. Tiada jaminan ditawarkan.

jumpa bayi depan rumah

Kosmo -Pasangan tiada anak jumpa bayi

BAYI yang ditemui selepas ditinggalkan di hadapan sebuah rumah di Bukit Minyak, Bukit Mertajam Ahad lalu.



BUKIT MERTAJAM - Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru berusia seminggu panjang umurnya apabila dia ditemui dalam keadaan sihat selepas ditinggalkan di atas meja di hadapan sebuah rumah di Bukit Minyak di sini Ahad lalu.

Bayi itu ditemui oleh sepasang suami isteri dalam keadaan berbalut dengan kain lampin pada pukul 11 malam ketika mereka baru pulang dari sembahyang tarawih di sebuah masjid berhampiran.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Abd. Lah berkata, bayi seberat hanya 1.4 kilogram itu pada mulanya dijaga oleh pasangan suami isteri itu selama dua hari sebelum mereka membuat laporan polis semalam.

"Pasangan suami isteri yang bekerja di sebuah kilang di Alma pada mulanya berhajat untuk menjadikan bayi itu sebagai anak angkat kerana mereka tiada anak walaupun sudah 10 tahun mendirikan rumah tangga.

"Namun atas nasihat jiran mereka kemudian membuat laporan dan menyerahkan bayi tersebut kepada polis semalam," kata beliau.

buru kejuaraan kelima Skuasy Wanita dunia

Mymetro -Nicol buru juara kelima

DATUK Nicol David berpeluang merangkul kejuaraan kelima Kejohanan Skuasy Wanita Terbuka Dunia pada 15-22 September depan sekali gus mengulangi pencapaian jurulatihnya, Sarah Fitz-Gerald.
Nicol yang juga turut berpeluang muncul pemain ketiga Wispa merangkul tiga kejuaraan berturut-turut seperti rekod Sarah dan seorang lagi lagenda, Michelle Martin.
Nicol, pemenang semua lima kejohanan Emas Wispa tahun ini dijangka berdepan pemain England, Jenny Duncalf dari England di final yang akan berlangsung di Soho Square, Sharm El Sheikh, Mesir.

Nicol dijangka mengulangi pertemuan final tahun lalu dengan pemain Belanda, Natalie Grinham lebih awal kali ini, iaitu di suku akhir. Kedudukan Natalie merosot ke kedudukan ketujuh dunia selepas berehat selama 10 bulan kerana melahirkan anak pertama. Jika lepas, Nicol akan berdepan Alison Waters (England) yang juga pilihan keempat, di separuh akhir.

Alison sebelum itu berdepan cabaran sukar di suku akhir apabila diundi berdepan sama ada rakan senegara, Laura Massaro atau bekas juara dunia, Vanessa Atkinson dan bekas pemain nombor satu dunia, Natalie Grainger.

Pada undian bawahan, Jenny akan berdepan pemain tuan rumah Omneya Abdel Kawy yang juga pilihan kelima di suku akhir, lawan sama ditemui tahun lalu tetapi dimenangi Jenny dengan permainan lima set.

parti bulan puasa

Mymetro -Mabuk sakan di bulan puasa
KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila ada wanita Islam mabuk ketika berparti di sebuah pusat hiburan di ibu kota seolah-olah tidak menghormati bulan Ramadan.
Perbuatan biadab wanita terbabit terbongkar dalam serbuan polis di pusat hiburan berkenaan, Sabtu lalu.
Ketika diserbu, lima wanita itu berpelukan dengan teman lelaki masing-masing sambil berjoget, malah tidak menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Mereka yang berada di pusat hiburan terbabit sejak 10 malam dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dan sering berpindah dari satu kelab ke kelab lain.

Dalam operasi kira-kira jam 1.50 pagi itu, premis tingkat bawah di kawasan perniagaan Cheras di sini, diserbu polis dari Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dibantu Unit Anjing Pengesan (K9) dan diketuai Asisten Superintendan Sharil Mohd Johar.

Seramai 73 pelanggan diperiksa dalam operasi membanteras penggunaan dadah di kelab malam di sekitar ibu kota.

Daripada jumlah itu, enam pelanggan ditahan kerana positif dadah jenis ketamin dan metaphetamin.

Menurut jurucakap polis, lima remaja terbabit negatif mengambil dadah, namun hanya didapati mabuk.

“Pusat hiburan itu mempunyai lesen hiburan dan tidak beroperasi lebih waktu ditetapkan,” katanya. Semua mereka yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

mengaku buang bayi dalam tong sampah

Mymetro -Pasangan muda mengaku buang bayi dalam tong sampah
MALU...gadis juvana terbabit dibawa ke Mahkamah Majistret Melaka, semalam. 

 
MELAKA: Sepasang kekasih yang ditahan beberapa jam selepas membuang seorang bayi perempuan di dalam tong sampah di hadapan kilang plastik di Ayer Keroh, awal pagi hari pertama Ramadan lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Pada prosiding bermula kira-kira jam 3 petang itu, tertuduh lelaki yang berusia 18 tahun dan pasangannya, juvana berusia 17 tahun 10 bulan, kedua-duanya berasal dari Felda Jelai 2, Gemas, Negeri Sembilan mengaku bersalah terhadap pertuduhan sejurus ia dibacakan dan diterangkan jurubahasa mahkamah.
Terdahulu, tertuduh lelaki yang memakai baju lokap, manakala juvana perempuan berpakaian baju kurung merah dan bertudung coklat tenang di dalam kandang pesalah serta sesekali dilihat bercakap sesuatu antara mereka.

Kedua-dua mereka yang bekerja di kilang sama tidak diwakili peguam, manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Hazura Hamid dan kes didengar Majistret Mohd Fairuz Johari.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama membuang seorang bayi perempuan di kawasan Kilang Daibochi, Ayer Keroh, kira-kira jam 1 pagi pada 11 Ogos lalu.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama, jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Berhubung pengakuan bersalah tertuduh, Noor Hazura memohon tarikh sebutan baru bagi mendapatkan laporan akhlak bagi kedua-dua tertuduh yang juga pesalah muda di bawah umur 21 tahun.

Beliau mencadangkan jaminan RM10,000 bagi membebaskan kedua-dua tertuduh sementara menunggu perbicaraan selesai.

Mohd Fairuz bagaimanapun membenarkan jaminan dikurangkan kepada RM5,000 bagi setiap tertuduh selepas menimbangkan rayuan bahawa mereka tidak mampu kerana berasal daripada keluarga susah.

Kes ditetapkan untuk sebutan bagi fakta dan hukuman serta laporan akhlak pada 28 September depan.

Harian Metro pada Khamis lalu melaporkan seorang pengawal keselamatan kilang terkejut apabila mendengar tangisan bayi yang disangkakan nada dering telefon bimbit.

Selepas memeriksa, dia menjumpai bayi perempuan masih bertali pusat di dalam beg kain dalam tong sampah di hadapan pondok pengawal sebelum kedua-dua tertuduh ditahan polis.

Monday, August 16, 2010

perdana menteri ke bazar ramadhan

Utusan -PM tinjau bazar Ramadan



Najib Tun Razak membalik murtabak semasa melawat Bazar Ramadan Putrajaya di Presint 2, Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 16 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan langkah mengadakan bazar Ramadan sepanjang bulan puasa ini sesuatu yang baik kerana mampu memberi pulangan lumayan kepada peniaga.
Pada masa sama, menurut Perdana Menteri, bazar Ramadan memberi peluang kepada masyarakat setempat menikmati pelbagai jenis hidangan pada harga yang agak rendah.

‘‘Saya anggap ia satu kaedah yang amat baik untuk memeriahkan lagi suasana dalam bulan puasa ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan walkabout selama 15 minit di Bazar Ramadan Putrajaya di Presint 2 di sini hari ini.
Pada program itu, beliau mengunjungi dan beramah-mesra dengan beberapa peniaga serta para pengunjung di bazar tersebut.
Perdana Menteri turut mengingatkan orang ramai supaya membeli juadah berbuka puasa secara berhemat dan berpada-pada.
Kata beliau, ia bagi memastikan pendapatan yang diperoleh itu boleh menampung segala keperluan dalam bulan ini dan bulan-bulan akan datang.

hilang 4 keluarga di pusingan U

kosmo -Pusingan U ragut empat nyawa

PROTON Wira yang dirempuh van Toyota di Kilometer 22, Jalan Seremban-Simpang Pertang, Jelebu kelmarin.

JELEBU – Hilang isteri, hilang tiga anak serentak. Demikian harga yang dibayar oleh seorang suami apabila kereta Proton Wira dipandunya tiba-tiba membuat pusingan U sebelum kereta itu dirempuh sebuah van Toyota di Kilometer 22, Jalan Seremban-Simpang Pertang malam kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 9 malam, empat beranak yang terkorban ialah Hazilawati Abdul Halim, 34, dan tiga anaknya iaitu Khairunisa Afiqah Khairul Affendy, 7, Khairul Afiq, 5, serta Khairul Aiqal, 1.

Suami Hazilawati, Khairul Affendy Shabudin, 33, yang memandu kereta Proton Wira dan seorang lagi anak pasangan itu, Khairul Aziq, 1, yang juga kembar kepada Khairul Aiqal cedera parah. Punca Khairul Affendy buat pusingan U tidak diketahui.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Setapa Yusoff berkata, kemalangan itu berlaku selepas kereta Proton Wira yang dinaiki keluarga malang itu dirempuh van Toyota ketika ia membuat pusingan U secara tiba-tiba.
“Ketika tragedi enam sekeluarga itu dalam perjalanan pulang ke Kampung Batu Empat, Sg. Pelek, Sepang, Selangor selepas pulang ke kampung Khairul Affendy di Kampung Kampai di sini.
“Sampai di tempat kejadian kereta Proton Wira itu membuat pusingan U sebelum dirempuh sebuah van Toyota Lite Ace dari arah bertentangan,” kata beliau di sini semalam.