Header Ad Banner

TANDA PILIHAN RAYA NEGERI HAMPIR

Taib: BN sudah sedia, calon sudah ada Barisan Nasional (BN) Sarawak sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya negeri dan senarai nama calon juga telah diterima, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, December 4, 2010

penculik amatur??

Nasib malang penculik amatur



RUMAH yang menjadi tempat seorang mangsa culik dikurung selama tiga hari di Selayang Baru dekat Kuala Lumpur sebelum dia dibebaskan awal pagi semalam.



KUALA LUMPUR – Hasrat tiga penjenayah mencari jalan mudah mendapatkan wang sebanyak RM30,000 bagi membayar hutang ah long dengan cara menculik seorang pelajar kolej menerima padah apabila mereka diberkas dalam perangkap yang dipasang oleh polis di Rawang dekat sini awal pagi semalam.
Drama awal pagi itu bermula tiga hari lalu apabila ketiga-tiga suspek termasuk seorang wanita menculik pelajar perempuan berusia 22 tahun di hadapan rumahnya di Selayang Baru pada pukul 5.45 pagi.

Mangsa yang sedang menunggu rakan kemudian dikurung dalam sebuah rumah tidak jauh dari tempat kejadian di Selayang Baru.
Selepas melarikan mangsa, para penjenayah amatur itu menelefon keluarga pelajar itu untuk meminta wang tebusan berjumlah RM30,000 sambil menetapkan lokasi penyerahan wang di kawasan Bukit Bintang di tengah Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, ahli keluarga pelajar itu yang tidak mempedulikan ugutan penculik supaya jangan membuat laporan polis telah bertindak membuat aduan kepada pihak berkuasa.
Serentak dengan itu, sepasukan anggota dari Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak melancarkan Ops Scorpion dengan menunggu suspek di kawasan penyerahan wang itu dan mengekori mereka.

Saturday, November 20, 2010

Malaysia akur/akui kehebatan Thailand???hehe

Malaysia akur kehebatan Thailand-kosmo


Pemain Thailand, Anuwat Chaichana melakukan libasan sambil dihalang apit kanan Malaysia, Futra Abd. Ghani pada aksi final sepak takraw berpasukan lelaki di Pusat Sukan Haizhu, Guangzhou semalam.



THAILAND lebih hebat.

Itulah hakikat yang perlu diterima skuad sepak takraw negara setelah tewas 0-2 kepada Thailand pada final acara berpasukan lelaki Sukan Asia 2010 di Pusat Sukan Haizhu, Guangzhou petang semalam.
Kekalahan itu menyaksikan skuad negara sekadar mengekalkan pingat perak yang dimenangi mereka pada temasya 1998, 2002 dan 2006 tetapi gagal mengulangi kejayaan meraih pingat emas Sukan Asia 1994 di Hiroshima, Jepun.
Jurulatih, Iskandar Arshad berkata, kesilapan mudah yang dilakukan anak-anak buahnya ketika situasi genting menyebabkan kedua-dua regu negara gagal memenangi pertarungan final itu.
"Regu kita tampak kurang baik ketika bertahan disebabkan corak serangan regu Thailand yang begitu menjadi.
"Tiada kesilapan strategi dalam susunan regu. Kita dah melakukan yang terbaik cuma ternyata regu Thailand lebih baik dan berjaya menekan regu kita," kata Iskandar ketika ditemui selepas perlawanan.
Regu pertama negara yang dibarisi Normanizam Ahmad (tekong), Futra Abd. Ghani (apit kanan) dan Ariff Ramli (apit kiri) tewas kepada Kriangkrai Kaewmian, Anuwat Chaichana dan Pattarapong Yupadee dengan 16-21, 10-21 dalam masa 48 minit.
Set pertama menyaksikan servis Normanizam mampu menyumbang empat mata manakala libasan Futra pula menghasilkan 11 mata tetapi selepas kedudukan terikat 15-15, regu Thailand lebih cemerlang mencari enam mata terakhir.
Pada set kedua, regu Malaysia gagal mengulangi aksi baik seperti set pertama setelah ketinggalan jauh 3-12 sebelum Hafizie Manap masuk menggantikan Ariff ketika kedudukan 7-19 tetapi ia sudah terlewat.
Regu kedua negara yang diwakili Noor Azman Abdul Hamid (tekong), Norshahruddin Ghani (apit kanan) dan Farhan Adam (apit kiri) pula tewas kepada Siriwat Sakha, Pornchai Kaokaew dan Suriyan Peachan dengan 15-21, 17-21 dalam masa 48 minit.

BARISAN pemain sepak takraw negara sekadar meraih pingat perak selepas tewas 0-2 kepada Thailand pada aksi final semalam.



Set pertama menyaksikan Thailand berkelebihan menerusi servis kidal Siriwat yang menghasilkan lima mata berbanding servis Noor Azman yang hanya memberi satu mata tetapi lima mata dibuang apabila servisnya sangkut di jaring.
Pada set kedua, regu negara hanya mampu mengikat sehingga kedudukan 16-16 sebelum terpaksa merelakan Thailand mengutip mata kemenangan mutlak.
Ia menjadikan regu ketiga negara, Ahmad Sufi Hashim (tekong), Helmi Ismail (apit kanan) dan Zulkarnain Arif (apit kiri) sudah tidak perlu lagi turun untuk bertemu Kritsana Tanakorn, Somporn Jaisinghol dan Singha Somsakul.

Wednesday, October 27, 2010

Pembunuh yang tak menyesal?

Kosmo -Tiada sesalan di wajah pembunuh
DI rumah inilah Faridah dibunuh oleh Omar (gambar kecil) sebelum mayatnya dibuang di kawasan belukar di Persiaran Minden, George Town pada 12 September 2006.

GEORGE TOWN – “Nasiblah!” Selain ungkapan tersebut, seorang peniaga makanan, Omar Shaari ternyata tidak menunjukkan sebarang sesalan pada wajahnya selepas dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini semalam.

Omar, 49, dijatuhi hukuman tersebut oleh Hakim Datuk Abdul Halim Aman selepas didapati bersalah membunuh jirannya, Faridah Mohd. Sharif, 46, yang mayatnya ditemui hampir reput di kawasan belukar di Persiaran Minden di sini empat tahun lalu.
Kata-kata ringkas Omar itu ternyata menyentap perasaan galeri awam apatah lagi ditambah dengan tindakannya tersenyum sambil mengangkat bahu ke arah abang kandung, isteri dan anaknya yang turut berada di situ selepas mendengar penghakiman Abdul Halim.

Aleeza Kasim bercerai?


Kosmo - Pelakon filem Susuk bercerai
ALEEZA kelihatan sebak ketika keluar dari Mahkamah Rendah Syariah di Kuala Lumpur bersama Mohd. Fauzi semalam.

KUALA LUMPUR – Model dan pelakon filem Susuk, Aleeza Kasim sah bercerai dengan suaminya, Datuk Mohd. Fauzi Che Rus di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam. Lafaz cerai tersebut dibuat oleh suaminya secara tertutup di kamar Hakim Syarie Mohd. Suhaily Rosdi.

Pasangan tersebut memasuki kamar hakim pada pukul 9.15 pagi dan keluar kira-kira 15 minit kemudian.
Aleeza, 40, dilihat menangis teresak-esak manakala Mohd. Fauzi, 47, nampak tenang.
Ketika dihampiri oleh wartawan dan jurufoto, kedua-dua mereka enggan ditemu bual.
Mereka kemudian pulang secara berasingan menaiki kenderaan masing-masing.

Monday, October 25, 2010

pakej rawatan rambut tipu...rugi rm17000

MAHATHIR menunjukkan pakej rawatan rambut yang ditawarkan oleh pusat rawatan rambut Yun Nam Hair Care di George Town semalam.


GEORGE TOWN – Berhabis sehingga RM17,000 bagi merawat masalah rambut, namun hasil yang diperoleh mengecewakan.
Tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan pusat rawatan rambut Yun Nam Hair Care, juruteknik sebuah kilang di sini, Mahathir Taib, 24, memfailkan kesnya ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di sini pada bulan lepas.

Dalam perbicaraan semalam, Presiden TTPM, Datuk A. Mutalib Mohd. Razak mengarahkan pusat rawatan rambut itu membayar ganti rugi RM1,500 serta memberikan 12 rawatan rambut percuma kepada Mahathir.
Dua wakil Yun Nam Hair Care turut hadir pada perbicaraan itu.
Dalam tuntutannya, Mahathir dari Sungai Petani, Kedah mendakwa tidak berpuas hati selain berasa terpedaya kerana tidak diberi penerangan yang jelas berhubung rawatan yang diterimanya.
Mahathir memberitahu, semasa pertama kali dia berkunjung ke pusat rawatan itu di sebuah pusat beli-belah di Bukit Mertajam dekat sini pada Oktober tahun lalu, dia diberitahu masalah rambutnya boleh dirawat lalu jururunding di situ menawarkan pakej rawatan berharga RM1,500.
Untuk pakej itu, dia menerima 10 kali sesi rawatan rambut menggunakan formula herba termasuk empat botol produk berharga RM216.

Diserbu kali kedua jual VCD haram di TTDI

Othman (kanan) menunjukkan VCD dan DVD yang dirampas di dalam sebuah van di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Tidak kenal erti serik. Biarpun pernah diserbu kerana menjual cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD) cetak rompak dari dalam sebuah van pada Ogos lalu, pemilik premis di Taman Tun Dr. Ismail di sini masih berdegil dan terus menjalankan kegiatan itu.

Pemilik premis itu didapati menjual VCD dan DVD asli di dalam kedai manakala versi cetak rompak dijual dari dalam van yang diletakkan tidak jauh dari situ.
Kegiatannya sekali lagi terbongkar selepas lapan anggota dan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur menyerbu lokasi tersebut pada pukul 6.45 petang, Ahad lalu.
Menurut Pengarah Bahagian Penguat Kuasa KPDNKK Wilayah Persekutuan, Othman Nawang, bertindak atas maklumat awam, pihaknya berjaya mengesan sebuah van jenis Toyota berwarna biru kira-kira 200 meter dari premis tersebut.
Katanya, pemilik premis itu menggunakan modus operandi yang sama seperti sebelum ini iaitu pelanggan akan menempah VCD atau DVD cetak rompak dari premis berkenaan melalui nombor yang ada di dalam katalog dan kemudiannya seorang pekerja akan menaiki motosikal untuk mengambil tempahan dari dalam van.

KTMB lancar tren bawa 50 kargo..terpanjang di Asia Tenggara

Kosmo -KTMB lancar tren kargo terpanjang
KERETA API kargo terpanjang di Asia Tenggara yang dilancarkan di stesen KTMB Padang Besar semalam.


PADANG BESAR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mencatat sejarah apabila melancarkan Tren Kargo Terpanjang Menggunakan Lokomotif Tunggal yang menarik 50 gerabak di Stesen KTMB Padang Besar di sini semalam.

Pengurus Besar Perkhidmatan Kargo KTMB, Azman Ahmad Sharabi berkata, kargo terpanjang di Asia Tenggara itu membawa 100 TEU (unit bersamaan 20 kaki) sepanjang 900 meter itu berlepas dari Stesen KTMB di sini ke Pulau Pinang.
Katanya, itu mengambil masa sembilan jam untuk sampai ke Pulau Pinang dan tempoh itu dapat disingkatkan kepada di antara empat dan lima jam apabila landasan berkempar Ipoh-Padang Besar siap sepenuhnya pada 2013.
"Lazimnya sesebuah lokomotif menarik sehingga 20 gerabak dan boleh ditingkatkan kepada 25 gera- bak atas permintaan pada satu-satu masa.
"Namun, dengan pemilikan aset baru dengan loko- motif yang lebih berkuasa tinggi kelas 26 dan 29, ia dapat ditingkatkan dan boleh membawa sehingga 50 gerabak pada satu-satu masa," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kargo Terpanjang Asia Tenggara di sini.

Sunday, October 24, 2010

Budak 11 tahun tidak pernah makan nasi

Kosmo-Budak 11 tahun tidak pernah makan nasi
ROHANA memberi Muhamad Helmi biskut kerana dia didakwa enggan makan nasi sejak 10 tahun lalu ketika ditemui di Jerteh, Besut semalam.


BESUT – Seorang budak lelaki berusia 11 tahun mendakwa tidak pernah makan walau sesuap nasi dan hanya menjadikan kuih dan makanan berasaskan gandum sebagai makanan rujinya.
Muhamad Helmi Ghazali dari Kampung Seberang, Jerteh juga dikatakan begitu takut untuk menyentuh makanan asasi itu sejak dilahirkan 11 tahun lalu.
Ibu Muhamad Helmi, Rohana Jusoh, 47, berkata, keganjilan anak keempat daripada enam adik-beradik itu mula diketahui ketika dia menjangkau usia enam bulan.
Pada masa itu, katanya, dia cuba memberi makanan bubur daripada bijiran beras kepada Muhamad Helmi, tetapi anaknya itu enggan makan walau sesuap.
“Dia tidak menghadapi apa-apa masalah ketika dilahirkan dan tumbesarannya juga normal, malah dia tetap aktif dalam kehidupan seharian,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Pengawal tidur 12 bas ekspres hangus

Kosmo -Pengawal tidur, 12 bas hangus
Pemandu melihat bas yang hagus dalam kebakaran di Depot Bas Ekspres Budaya di Jalan Panji, Kota Bharu kelmarin.


KOTA BHARU – Gara-gara pengawal keselamatan didakwa tertidur, 12 buah bas Ekspres Budaya milik Syarikat Transline Express Sdn. Bhd. bernilai RM2.6 juta musnah dijilat api di depot menempatkan bengkel dan tempat menyimpan bas di Panji, Pengkalan Chepa dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 12 tengah malam kelmarin, kesemua bas tersebut yang disusun berdekatan di salah satu sudut di depot tersebut hangus sama sekali.
Ketua Balai Bomba Pengkalan Chepa, Saipu Bhari Mohd. Noor (gambar kecil) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 12.32 tengah malam kerana pengawal yang bertugas menjaga depot itu semasa kejadian didakwa tertidur.
Menurut Saipu, pihaknya menghantar sebuah jentera bersama lima anggota ke tempat kejadian sebelum tiba di lokasi tiga minit kemudian kerana kedudukan balai bomba dan depot bas itu hanya dalam jarak dua kilometer.

Thursday, October 21, 2010

Jual lori semurah RM3,000??

Kosmo-Jual lori curi semurah RM3,000
THAIVEEGAN menunjukkan sebahagian barang rampasan dari empat lelaki pada sidang akhbar di ibu Pejabat Daerah Gombak, Selangor semalam.

GOMBAK - Kegiatan satu sindiket yang aktif menyamun dan mencuri lori di daerah ini sejak awal tahun lalu tumpas apabila polis menahan empat lelaki dipercayai anggota sindiket itu dalam Ops Lejang pada Selasa lalu. Penahanan keempat-empat suspek yang berusia 26 tahun itu dibuat berikutan penubuhan satu pasukan khas selepas terdapat peningkatan bagi kes jenayah tersebut di daerah ini sejak dua bulan lalu.
Sindiket itu dipercayai telah mencuri lebih 22 buah lori tiga hingga 16 tan dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini.

Kesemua kenderaan yang dicuri itu dihantar ke utara semenanjung dan dijual kepada pihak tertentu dengan harga di antara RM3,000 hingga RM5,000 sebuah.
Harga sebenar setiap lori itu dianggarkan mencecah RM80,000.
Dalam tangkapan pada pukul 5 petang Selasa lalu, polis mulanya telah menahan sebuah kereta yang dinaiki oleh empat lelaki di kawasan Desa Jaya di sini.

Bakar rumah guru kerana cemburu

Kosmo-Bakar rumah guru kerana cemburu


MOHD. NOR (kiri) menunjukkan sampul surat berisi kelongsong peluru dan sisa tayar yang dibakar di rumah seorang guru tuisyen di Mentakab pada sidang akhbar di Temerloh semalam.

TEMERLOH - Akibat cemburu terhadap seorang guru tuisyen, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun sanggup melakukan ugutan bunuh dengan menghantar kelongsong peluru dan cuba membakar kediaman guru itu di Mentakab dekat sini dalam kejadian Isnin lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Nor Mansor, rumah yang menjadi pusat tuisyen itu adalah lokasi di mana teman wanitanya yang berusia 17 belajar dengan guru berkenaan yang juga berusia 19 tahun.
"Ketika kejadian kira-kira pukul 3.45 pagi itu, suspek dipercayai membakar tayar kereta yang dibawanya sehingga menyebabkan berlaku kebakaran kecil di bahagian tangga dan merosakkan suis elektrik utama rumah tersebut.
"Guru itu kemudian menghubungi bomba dan selepas kebakaran berjaya dipadamkan, dia nampak tulisan Cina yang ditulis pada kertas A4 yang diletakkan pada cermin keretanya.
"Tulisan yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu bermaksud: "Saya harap kamu masih hidup dan bernasib baik dapat jumpa keluarga kamu" dan satu lagi tulisan Cina yang ditulis melintang bermaksud 'mati'," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Tuesday, October 19, 2010

cari dadah,jumpa pistol & 367 peluru

Kosmo-Cari dadah, jumpa pistol dan peluru
KOK LIANG (dua dari kiri) menunjukkan pistol jenis Smith and Wesson dan peluru yang ditemui di sebuah rumah di Taman Desa Melintang, Teluk Intan semalam.


TELUK INTAN - Sepasukan polis yang menyerbu rumah sepasang kekasih dipercayai dalang sindiket pengedaran dadah jenis syabu di sebuah rumah teres di Taman Desa Melintang di sini terkejut apabila menemui dua pucuk pistol jenis Smith and Wesson petang semalam.

Bertindak atas maklumat orang ramai, polis tidak hanya menemui empat biji pil eramin-5 dan tiga peket plastik dadah jenis syabu seberat lebih 90 gram tetapi turut merampas 367 butir peluru pelbagai jenis.
Ketua Polis Daerah Teluk Intan, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, dua pucuk pistol itu disimpan di dua tempat berasingan di bilik tidur.
"Semasa ditahan, lelaki tempatan berusia 41 tahun itu bersama kekasihnya seorang warga Thailand (33 tahun) berada di dalam rumah tersebut.
"Polis yang menggeledah premis berkenaan menemui sepucuk pistol berisi enam biji peluru hidup disimpan di dalam sarung bantal," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di sini semalam.
Katanya, sepucuk pistol berisi enam peluru berserta dua kotak yang setiap satunya mengandungi 40 butir peluru 0.22 milimeter (mm) dijumpai tersorok dalam kepingan jubin lantai bilik tidur utama berkenaan.

Monday, October 18, 2010

Bunuh diri kerana cinta??

Kosmo-Sanggup mati demi cinta
Anggota Bomba dan Penyelamat mengutip serpihan mayat Santhakumari yang maut selepas digilis kereta api di Kilometer 25, Jalan Gemas-Bahau, Jempol semalam.


BAHAU – Gara-gara percintaan dengan seorang lelaki tidak direstui keluarga, seorang janda beranak empat didakwa sanggup menamatkan riwayat hidupnya dengan berbaring di atas landasan kereta api sebelum badannya digilis di Kilometer 25, Jalan Gemas-Bahau, Jempol kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Sabri Muhamad berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 6.30 petang dan mangsa P. Santhakumari, 48, didakwa menunggu di landasan itu sebelum bertindak berbaring di atas landasan apabila mendengar kehadiran kereta api.
“Pemandu kereta api itu dikatakan nampak wanita itu dan cuba memperlahankan kereta api tetapi gagal.

“Badan wanita itu berkecai akibat digilis kereta api itu,” kata beliau.
Menurut beliau, kereta api terbabit ketika kejadian itu merupakan kereta api membawa muatan barang yang dalam perjalanan dari arah Bahau menuju ke Kuala Lipis, Pahang.

“Kematian mangsa diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Jempol untuk tujuan bedah siasat,” kata beliau.

Sunday, October 17, 2010

curi pasir di kolam air panas...?

Kosmo-Tasik air panas lubuk curi pasir
PELBAGAI jentera berat begitu rakus mengorek pasir di Semenyih baru-baru ini.

SEMENYIH – Jika satu masa dulu tasik air panas di kawasan Batu 28, Kampung Pasir di sini menjadi tarikan pengunjung untuk bersantai namun ia cuma tinggal sejarah selepas ia dirosakkan oleh sindiket korek pasir.
Kawasan yang terletak kira-kira 10 kilometer dari pekan Semenyih itu terlindung dan kesempatan itu digunakan sebuah sindiket untuk mengorek pasir di beberapa tempat di sekitarnya
Tarikan utama pengunjung ke tasik yang berkeluasan 10 hektar (24.7 ekar) itu sebelum ini adalah kerana keistimewaan airnya yang didakwa mampu dijadikan penawar penyakit kulit.
Namun, sejak setahun lalu, kawasan yang merupakan milik kerajaan Selangor itu tidak ubah seperti koloni bagi warga Myanmar dan Indonesia. Mereka tinggal di rumah-rumah sewa di Kampung Pasir di sini dan diupah oleh sindiket.
Sejak adanya kegiatan mengorek pasir di situ yang dilakukan di antara pukul 9 pagi hingga pukul 7 malam, pemandangan di sekitar tasik tersebut kini berhiaskan beberapa bekas lombong.
Malah tidak jauh dari lombong-lombong yang telah diteroka itu, bermacam jenis jentera bagi tujuan mengorek pasir seperti jentera pengorek, mesin sedut pasir dan membuang air berdiri megah.

Friday, October 15, 2010

mangsa korban bas ekspres Simpang Ampat bertambah....?

Berita harian-Lagi mangsa korban bas ekspres Simpang Ampat

MELAKA: Seorang lagi mangsa nahas bas ekspres di Simpang Ampat, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), Ahad lalu, meninggal dunia, tengah malam tadi, menjadikan semua 13 terkorban setakat ini.

Sharifah Norasmirah Syed Sallehuddin, 20, yang kritikal akibat terbabit dalam nahas ngeri di Kilometer 223 lebuh raya berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah di sini, meninggal dunia jam 12.05 malam tadi.
Jenazah penuntut Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu di Lembah Pantai, Kuala Lumpur itu dituntut keluarganya, awal pagi tadi dan dilaporkan dikebumikan di Kampung Padang Payung, Marang, Terengganu.

lagi kes hina sultan johor..?

Bernama-Polis siasat perbuatan hina Sultan Johor dalam Facebook

JOHOR BAHRU: Polis sudah memulakan siasatan terhadap individu yang didakwa menghina Sultan Johor Sultan Ibrahim menerusi laman Facebook berhubung pengurniaan kenderaan milik baginda kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Isnin lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata siasatan dibuat selepas polis menerima satu laporan mengenai laman Facebook itu pada jam 4.33 petang semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan.

"Kita beri jaminan akan siasat laman sosial ini yang dilaporkan mengandungi maklumat palsu. Jika ada unsur hasutan, siasatan akan dijalankan dan kita akan serahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Mokhtar berkata, bagi mengelak pengendali laman itu daripada dikesan, individu berkenaan meletakkan gambar profil seorang wanita bagi mengelirukan pengguna Facebook dan pihak berkuasa.

Ditanya tentang kes seorang individu menyamar sebagai Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, juga menerusi Facebook, Mohd Mokhtar berkata kertas siasatan sudah dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya, baru-baru ini.

Monday, October 11, 2010

tahun lima dah pandai jual daun ketum, klu besar nanti?

Kosmo-Murid tahun 5 jual air ketum
SEBUAH warung yang didakwa dijadikan tempat menjual air ketum di Kampung Lubuk Lesung, Kemaman semalam.

KEMAMAN - Seorang murid lelaki tahun lima sebuah sekolah di sini kerap ponteng kerana membantu keluarganya mencari wang dengan menjual air ketum.
Kegiatan itu terbongkar apabila dia ditahan sepasukan anggota polis yang membuat serbuan di sebuah warung di Kampung Lubuk Lesung di sini kira-kira pukul 11 pagi kelmarin.

Ketika serbuan, kanak-kanak berusia 11 tahun berkenaan ditemui bersendirian bersama lapan paket air ketum yang dipercayai akan dijual kepada pelanggan di sekitar kampung tersebut.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdullah Sani Salat berkata, pihaknya menyerbu warung yang terletak di tepi jalan Jerangau-Jabor itu setelah menerima maklumat daripada orang awam.
Katanya, siasatan awal mendapati air ketum itu adalah milik bapa kanak-kanak itu yang sebelum ini pernah ditangkap kerana menjual bahan yang sama.
Selain itu, ujarnya, ibu dan kakak kanak-kanak itu yang berusia 17 tahun juga pernah ditahan kerana kesalahan serupa.

tragedi 10.10.10 - Percikan darah dalam jeritan

Mayat-mayat bergelimpangan dalam kemalangan membabitkan enam buah kenderaan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah kelmarin.


SEREMBAN - "Badan saya menggigil apabila terasa darah panas memercik ke muka saya sebelum saya ternampak pula beberapa kepala penumpang hancur akibat dihempap bas yang dinaiki.
"Beberapa penumpang lain pula menjerit-jerit kesakitan akibat tersepit dicelah-celah serpihan bas."

Demikian cerita detik-detik ngeri yang dialami oleh seorang penumpang bas Ekspres Delima, Tew Chi Ling, 18, yang terselamat dalam kemalangan yang mengorbankan 12 nyawa dan 38 lagi cedera di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka kelmarin.
Dalam tragedi pada pukul 6.40 petang itu, bas Ekspres Delima yang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur terbabas lalu merempuh pembahagi jalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan melanggar sebuah van, tiga buah kereta serta sebuah bas lain.
Menurut Chi Ling, kejadian itu sangat menakutkan dan dia sendiri turut menangis.
"Bukan setakat muka saya dipenuhi darah malah dinding bas yang kami naik juga terpercik darah," ceritanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini semalam.
Kata remaja itu lagi, dia terperangkap selama beberapa minit di dalam bas sebelum dikeluarkan oleh pasukan penyelamat.
"Sehingga hari ini saya seolah-olah masih terdengar suara-suara tangisan meminta tolong dan lebih menakutkan apabila saya kerap terbayangkan mangsa-mangsa yang maut di depan mata saya," katanya.

Sunday, October 3, 2010

rakyat Bangladesh maut tangan tersepit di celah mesin

Kosmo -Maut tangan tersepit mesin


INILAH mesin memproses batu kuari Kawasan Perindustrian Ringan Keramat Pulai yang mengorbankan nyawa seorang pekerja setelah tangannya tersepit semalam.



IPOH – Seorang pekerja rakyat Bangladesh maut selepas kedua-dua tangannya tersepit di celah mesin ketika bekerja di sebuah kilang memproses batu kuari di kawasan Perindustrian Ringan Keramat Pulai, Jalan Ipoh-Cameron Highlands di sini petang kelmarin.
Dalam kejadian ngeri pada pukul 4.58 petang itu, mangsa Alamgir Kabir, 35, meninggal dunia di tempat kejadian akibat tangan kirinya putus manakala tangan kanannya cedera.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, semasa kejadian mangsa dikatakan sedang mengendalikan sebuah mesin sebelum kedua-dua belah tangannya tersepit di celah mesin yang sedang bergerak itu.
Menurut beliau, para pekerja yang berada di situ bertindak menutup suis mesin berkenaan apabila terdengar mangsa menjerit kesakitan.
“Pekerja kuari itu kemudian memanggil pasukan bomba dan penyelamat untuk mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit,” kata beliau.

Pemandu teksi ‘raja Kuala Lumpur’

Kosmo-‘Kami raja Kuala Lumpur’

KAWASAN pondok di hadapan Hotel Swiss Garden di Jalan Pudu antara kawasan yang dikuasai kumpulan teksi yang berlagak umpama raja di kawasan itu.



KUALA LUMPUR – ‘Kami raja di segi tiga emas, KL ini.’ Itu laungan angkuh sekelompok pemandu teksi yang menganggap segitiga emas seperti Bukit Bintang, KLCC, Kota Raya, Pudu dan Chow Kit adalah kawasan milik mereka untuk mencari rezeki ‘sumbang’.
Dengan lagak ala gangster, kumpulan itu yang dianggarkan seramai 30 orang bertindak menguasai kawasan tersebut dengan menghalau pemandu-pemandu teksi lain yang ingin turut sama mengambil penumpang di tempat itu.
Malah lebih angkuh lagi, kumpulan itu hanya mengambil penumpang asing sahaja terutama pelancong dari luar negara berbanding penumpang tempatan dengan harapan untuk mengaut untung daripada tambang yang tinggi.
Modus operandi sangat mudah. Dengan tidak menggunakan meter seperti yang ditetapkan, mereka meletakkan tambang secara sesuka hati kepada pelancong asing itu yang pasti dapat membayar jumlah tambang itu.
Bayangkan, tambang sebanyak kira-kira RM30 hingga RM50 dikenakan untuk jarak perjalanan yang pendek seperti dari Bukit Bintang ke KLCC atau destinasi yang lain.

Tuesday, September 7, 2010

penipuan hadiah wang tunai SMS aktif semula

Kosmo -Sindiket penipuan SMS aktif semula


SEORANG wanita menunjukkan SMS hadiah wang tunai yang diterimanya di Seremban semalam.


SEREMBAN – Baru beberapa bulan terkubur, namun satu sindiket penipuan menerusi peraduan khidmat pesanan ringkas (SMS) kini aktif semula. Sindiket itu dipercayai bergiat kembali selepas pihak polis berjaya menumpaskan sindiket serupa yang berpangkalan di Tawau, Sabah pada awal Jun lalu.

Lebih menarik lagi, modus operandi sindiket itu tetap sama iaitu cuba memperdaya mangsa dengan menggunakan nama pelbagai syarikat ternama.
Sindiket berkenaan yang dipercayai didalangi oleh warga asing menghantar SMS kepada orang ramai memberitahu bahawa sim kad mereka memenangi hadiah wang tunai daripada syarikat ternama.
Seorang pekerja swasta yang mahu dikenali sebagai Hisham, 30, berkata, dia hampir terpedaya selepas menerima satu SMS yang mendakwa sim kad miliknya memenangi wang tunai berjumlah RM17,000 daripada sebuah syarikat minuman antarabangsa.

didakwa culik,kurung & seksa pelancong

Kosmo -Penari, polis bantuan didakwa culik, kurung pelancong

ELIL (kiri) dan Francis didakwa di Mahkamah Majistret Selayang semalam kerana menculik dan mengurung tiga warga Sri Lanka.


SELAYANG – Kematian seorang pelancong warga Sri Lanka akhir bulan lalu membawa kepada penangkapan seorang penari kebudayaan dan seorang anggota polis bantuan atas dakwaan terlibat dalam sindiket penculikan tiga warga asing bagi mendapatkan wang tebusan.

Dua lelaki itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas sembilan pertuduhan termasuk memaksa mangsa melakukan kelucahan melampau dengan orang lain. Penari, M. Elil Valavan, 30, dan polis bantuan, A. Francis Xavler, 32, bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa atas tiga pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap Samsudeen Seiyadu Ana Mohamadu, Mohammad Mihilar Noor Mohamed Thashin dan Sehu Mohidden Sharifdeen Sahid dengan senjata berupa batang paip, wayar kabel dan alat pembakar.
Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.
Mereka juga didakwa bagi tiga pertuduhan lain iaitu dengan niat jahat melakukan pengurungan secara salah terhadap kesemua mangsa bagi mendapatkan sejumlah wang daripada keluarga mangsa.

Monday, September 6, 2010

Pengemis di bazzar ramadhan

Kosmo -Pengemis auta bazar Ramadan
 
SEORANG pengemis memangku bayi untuk meraih simpati orang ramai di bazar Ramadan Damansara Damai, Petaling Jaya.


KUALA LUMPUR - Kawasan pasar malam, bazar Ramadan serta masjid di Lembah Klang kini menjadi 'lubuk wang mudah' kepada pengemis asing untuk meraih simpati daripada orang ramai yang sedang menjalani ibadat puasa.

Dengan 'bermodalkan' anak-anak kecil serta berlakon kononnya mengalami kecacatan yang serius, para pengemis terbabit akan duduk di tepi-tepi lorong menadah tangan supaya dikasihani.
Tinjauan Kosmo! di kawasan berkenaan sejak awal Ramadan lalu mendapati, terdapat antara tiga hingga tujuh orang pengemis bukan warga tempatan meminta sedekah di hampir setiap pasar malam atau bazar Ramadan.
Antara faktor yang mendorong kebanjiran pengemis asing berkenaan ialah sikap murah hati rakyat tempatan yang suka menderma sehingga menarik mereka untuk menjadikan kawasan tempat mereka mengemis.
Menariknya, kebanyakan pengemis asing yang dipercayai berasal dari Myanmar, Kemboja, Thailand, Indonesia dan China itu mampu meraih pendapatan antara RM200 hingga RM300 sehari.
Hasil pemerhatian mendapati, pengemis tersebut dipercayai dikuasai oleh satu sindiket dipercayai warga tempatan yang bertindak menghantar mereka ke lokasi yang mempunyai ramai orang dengan menggunakan van atau kereta.
Antara lokasi yang dikenal pasti ialah Damansara Damai, Taman Tun Dr. Ismail, Sentul, Wangsa Maju, Setapak, Keramat, Taman Tasik Titiwangsa, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Masjid India, Bangsar dan Taman Sri Sentosa.

Thursday, September 2, 2010

Gereja gay malaysia

Kosmo -Gereja gay pertama

TINDAKAN seorang paderi menjadikan sebuah gereja di pinggir Kuala Lumpur sebagai tempat untuk mengembangkan budaya gay sangat membimbangkan. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang paderi di Malaysia, Ouyang Wen Fang mengumumkan bahawa dia sedang menubuhkan gereja gay pertama di negara ini.
Paderi berusia 40 tahun itu turut tidak mengendahkan amaran keras kerajaan supaya menghentikan rancangannya kerana bimbang ia akan menggalakkan gaya hidup homoseks di negara ini.

Amalan tersebut masih dikategorikan sebagai jenayah di Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam manakala pelakunya berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Namun, gereja gay yang diasaskan bersama oleh paderi itu telah beroperasi secara senyap di sini sejak tiga tahun lalu dengan dikunjungi kumpulan penganut Kristian gay untuk beribadat pada hari Ahad dan mengkaji kitab Injil.
"Kami sedang berusaha untuk menggalakkan lebih ramai orang supaya menyertai gereja ini, kami mahu penganut Kristian gay tampil dan hidup tanpa berpura-pura," katanya.
Ouyang mendirikan rumah tangga selama sembilan tahun sebelum membuat pengakuan terbuka bahawa dia seorang homoseks pada 2006.

pengusaha kilang pembungkusan seludup beras

Kosmo - Kilang berlesen seludup beras

MAZLAN memeriksa beras seludup yang dirampas pada sidang akhbar di Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU - Dalam diam, rupa-rupanya terdapat beberapa pengusaha kilang pembungkusan dan penjenamaan semula beras tempatan yang dipercayai menjadi dalang kepada kegiatan penyeludupan beras dari negara jiran.

Kegiatan tersebut terbongkar hasil kejayaan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kelantan membanteras penyeludupan 12,200 kilogram (kg) beras dalam tiga operasi selama 10 hari yang berakhir semalam.

Komandernya, Mazlan Che Hamid berkata, rampasan terbaru melibatkan 6,500 kg beras Siam di sebuah rumah kosong di Kampung Padang Luas, Jertih, Terengganu pada pukul 4.30 pagi.

"Beras Siam ini diisi ke dalam 130 guni yang setiap satunya seberat 50 kg dianggarkan bernilai RM26,000.

"Pada 24 Ogos pula, sebanyak 2,900 kg beras seludup bernilai RM8,700 dirampas di sebuah lagi rumah kosong di kawasan yang sama," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Jelasnya, hasil pemantauan mendapati kampung tersebut menjadi tumpuan penyeludup sebagai kawasan transit dari sempadan sebelum diedar.

Thursday, August 26, 2010

ditembak mati selepas merompak

Kosmo -Dua mati selepas merompak


Anggota polis memeriksa mayat seorang penjenayah yang ditembak mati di Kampung Sungai Lang, Kuala Langat semalam.


KUALA LANGAT – Keseronokan tiga lelaki yang berjaya merompak wang berjumlah RM6,000 di pejabat syarikat pengangkutan bas Cityliner di pekan Banting dekat sini semalam berakhir dengan dua daripada mereka ditembak mati setengah jam selepas mereka melakukan jenayah itu.
Semasa rompakan pada pukul 12 tengah malam, dua pekerja syarikat Cityliner tersebut sedang menutup pejabat mereka sebelum didatangi tiga penjenayah itu.

Salah seorang penjenayah itu melepaskan dua das tembakan amaran sebelum mereka melarikan wang tunai berjumlah RM6,000.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, polis yang menerima maklumat berhubung kejadian rompakan itu pada pukul 12.20 berjaya mengesan kereta yang dinaiki suspek di Kampung Sungai Lang Dalam iaitu kira-kira dua kilometer dari lokasi rompakan.
“Suspek memecut laju kereta itu menyebabkan ia terbabas ke kawasan tali air.
“Salah seorang suspek keluar dari kereta dan melepaskan dua das tembakan ke arah polis,” kata beliau di sini semalam.
Ekoran tindakan agresif itu, polis terpaksa membalas tembakan penjenayah itu menyebabkan dua daripada tiga suspek yang menaiki kereta tersebut mati.

Dua sahabat jual ganja dan heroin dicekup

Kosmo -Dua sahabat jual ganja dan heroin dicekup
MAT FAUZI menunjukkan bungkusan dadah jenis ganja dan heroin yang dirampas daripada dua lelaki di Bagan Serai semalam.


BAGAN SERAI - Hasrat dua sahabat untuk mencari wang lebih pada bulan Ramadan dengan menjual ganja dan heroin kepada penduduk di beberapa kampung di sini tidak kesampaian selepas dicekup polis malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kerian, Supritendan Mat Fauzi Nayan berkata, mereka yang berusia 33 dan 34 tahun itu ditahan di dua lokasi berasingan dan dadah bernilai lebih RM140,000 dirampas.
Katanya, dalam serbuan pertama di sebuah rumah di Kampung Sungai Kepak, Simpang 4 Semanggol di sini sebanyak tiga ketulan ganja mampat seberat 300 gram setiap satu dijumpai.
"Selepas lelaki yang hanya bekerja kampung itu ditahan pada pukul 6.30 petang, dia kemudian membawa polis ke kediaman rakannya di Simpang, Taiping dua jam selepas itu.
"Hasil serbuan di lokasi kedua, polis memberkas seorang peniaga dan menemui 2,440 gram ganja mampat dan 1,300 gram heroin yang sedang diproses untuk dipek dan dipasarkan," katanya.

guru tadika ditikam peragut

Kosmo -Telefon anak sebelum maut
TRAGEDI...orang ramai di tempat mangsa ditikam peragut atas jejantas di Sungei Way, semalam. 

KUALA LUMPUR: Seorang guru tadika yang ditikam hingga mati dalam kejadian samun di jejantas Sungei Way berhampiran Bandar Sunway, dekat sini, sempat menghubungi anaknya bagi memaklumkan kejadian menimpanya.


Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa, Leong Lai Yoong, 57, gagal memberitahu apa yang berlaku sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Peragut yang berumur 20-an cuba merampas beg tangan Leong, namun mangsa melawan menyebabkan dia ditikam di rusuk kiri.

Suami mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lock, 60, berkata isterinya sempat menghubungi anak mereka berusia 19 tahun yang menuntut di Kedah menggunakan telefon bimbit sejurus dia ditikam.

Bagaimanapun, katanya, isterinya tidak sempat memberitahu apa yang berlaku berikutan parah sebelum menghembuskan nafas terakhir.

“Saya amat terkejut kerana isteri tidak membawa barang berharga jauh sekali memakai barang kemas. Setiap hari dia akan menaiki bas dari rumah kami di Taman Muda, Shah Alam, untuk pergi ke tadika di Subang Jaya.

“Dia biasanya akan bangun jam 4 pagi untuk memasak sarapan sebelum keluar rumah jam 6 pagi setiap hari,” katanya.

Menurutnya, isterinya pernah bertarung nyawa mengharungi kanser payu dara sebelum sembuh hampir setahun lalu.

Sementara itu, Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Asisten Komisioner Omar Mamah, berkata mangsa parah di rusuk kiri akibat ditikam dengan sebilah pisau oleh seorang lelaki dipercayai cuba menyamunnya.

“Ia berlaku apabila mangsa melintas jalan menggunakan jejantas itu ketika ingin ke tempat kerjanya.

“Suspek yang berusia awal 20-an itu dipercayai menikam rusuk kiri mangsa sebelum melarikan diri ke arah sebuah stesen minyak berhampiran,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, dalam kejadian itu, pihaknya percaya motif utama adalah cubaan samun, tetapi suspek tidak berjaya kerana mangsa cuba melawan.

Katanya, selepas kejadian mangsa ditemui tidak sedarkan diri oleh orang ramai dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan pemeriksaan forensik menemui sebilah pisau dipercayai digunakan suspek yang dibuang di tepi longkang berhampiran kawasan kejadian.

Omar berkata, polis akan mengesan cap jari pada pisau berkenaan bagi mengetahui identiti suspek terbabit.

Beliau berkata, polis juga akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sekitar lokasi kejadian bagi menjejaki suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

samun bekas adun

Bernama -Bekas Adun disamun
SEREMBAN: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan sejumlah wang tunai milik seorang bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilarikan tiga penjenayah dalam kejadian samun berhampiran Taman Dusun Nyiur di sini, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi mangsa yang memandu SUV jenis Nissan X-Trail dikatakan disamun selepas menghantar anaknya ke sebuah sekolah menengah di sekitar Ampangan di sini.
"Sebuah kereta jenis Proton Saga dinaiki tiga lelaki dipercayai berumur sekitar 30-an menghalang kenderaan mangsa di lokasi kejadian.

"Dua suspek kemudian meluru keluar ke arah kenderaan mangsa, sebelum bekas ADUN itu dilarikan bersama kenderaannya menuju ke arah Kuala Pilah," kata Mohd Yusoff ketika mengesahkan kejadian itu di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa dicampak keluar dari kenderaan di satu lokasi sekitar Paroi dan semua penjenayah terbabit dipercayai meneruskan perjalanan menghala ke Kuala Pilah.

Selain SUV berkenaan, ketiga-tiga suspek turut melarikan wang tunai dianggarkan RM6,000 dan dokumen pengenalan diri milik mangsa.

Katanya, pihak polis melancarkan gerakan memburu tiga penjenayah berkenaan.

Wednesday, August 25, 2010

Geng black Curi motosikal dalam 5 saat

Kosmo - Curi motosikal dalam 5 saat
AZIZ menunjukkan kunci yang telah diubahsuai oleh Geng Black bagi mencuri motosikal di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan semalam.

JOHOR BAHRU - Hanya dengan menggunakan kunci yang diubahsuai, kumpulan penjenayah dikenali Geng Black dikatakan mampu mencuri sebuah motosikal dalam tempoh tidak sampai lima saat.
Menjadikan motosikal jenis Yamaha LC sebagai sasaran, geng itu menggunakan kunci tersebut untuk menghidupkan motosikal mangsa, selain dikatakan turut berupaya membuka pelbagai alat keselamatan tambahan yang dipasang pada motosikal.

Difahamkan, kunci terbabit yang mudah diperoleh di pasar-pasar malam dengan harga RM6 diubahsuai termasuk dengan menajamkan penghujung kunci bagi memudahkan mereka melakukan aktiviti jenayah.
Geng yang aktif sejak awal tahun ini bagaimanapun tumpas apabila lapan lelaki termasuk ketuanya dikenali sebagai Black dicekup dalam lima serbuan berasingan selama lima hari berturut-turut sehingga Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, kesemua suspek yang berusia antara 17 hingga 40 tahun itu disyaki menjadikan motosikal yang diletak di pusat beli-belah dan pasar malam sebagai sasaran.
"Hasil siasatan mendapati geng terbabit akan bertindak memadamkan nombor casis serta mengubahsuai motosikal yang dicuri bagi mengaburi mata pihak berkuasa," katanya kepada pemberita di sini semalam.

minuman beralkohol perisa buah-buahan


 Kosmo -Minuman ringan beralkohol
MOHAMED menunjukkan sebahagian minuman ringan beralkohol menggunakan label buah-buahan di pejabatnya di Pulau Pinang semalam.

GEORGE TOWN - Kerajaan digesa mengharamkan minuman ringan beralkohol yang menggunakan label buah-buahan kerana ia dibimbangi menjejaskan otak penggemarnya terutama pelajar dalam jangka panjang.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S. M. Mohamed Idris berkata, satu kajian hasil daripada aduan guru-guru mendapati, sekelompok pelajar sebuah sekolah di barat daya Pulau Pinang telah ketagih minuman tersebut.

Beliau berkata, terdapat 15 jenis minuman mengandungi alkohol sehingga 5.5 peratus kini dijual secara meluas di pasar raya dan kedai 24 jam di negeri itu.
Menurutnya, ia juga diletakkan sebaris dengan minuman biasa dan boleh dibeli oleh sesiapa sahaja termasuk remaja dan kanak-kanak.
"Penjualan minuman dengan harga di antara RM4 hingga RM10 sebotol ini bertentangan dengan undang-undang yang melarangnya dibeli oleh individu berumur 18 tahun ke bawah,'' katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Dua sahabat maut bertembung lori

Kosmo - 2 rakan mati dirempuh lori
KUALA SELANGOR: Dua sahabat baik maut selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 38, Jalan Kuala Selangor-Meru, Puncak Alam, dekat sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, penunggang, Amin Syahideen Tazhar, 16, dan pembonceng, Mohammad Shahrul Hafiz Azmi, 17, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Bagaimanapun, pemandu lori berusia 48 tahun hanya cedera ringan.

Difahamkan, kedua-dua mangsa yang tinggal berjiran itu dalam perjalanan ke Meru untuk bertemu rakan.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan Che Hussin Omar, berkata kemalangan berlaku ketika penunggang motosikal bersama pembonceng cuba memotong kenderaan di hadapan dan masuk ke laluan bertentangan.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian, penunggang terbabit gagal mengawal kenderaannya sebelum bertembung dengan lori berkenaan.

“Berikutan itu, kedua-dua remaja yang memakai topi keledar itu tercampak ke tengah jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini, semalam.

Impak daripada kejadian itu, pemandu lori terbabit mengawal kenderaannya sebelum masuk ke dalam parit sebelah kiri jalan. 

Che Hussin berkata, bedah siasat dijalankan di Hospital Tanjung Karang (HTK) mendapati punca kematian akibat kecederaan parah di kepala.

“Kedua-dua mangsa adalah pelajar Sekolah Menengah Puncak Alam dan tinggal di Bandar Baru Puncak Alam,” katanya menambah Mohammad Shahrul tinggal di No 59, manakala Amin Syahideen di No 43, Lorong Mahkota Impian 2/20 Bandar Puncak Alam.

bapa sembelih anak tiga tahun

Kosmo - Tergamam leher terkulai
DITENTERAM...adik-beradik mangsa ditenteramkan saudara-mara selepas adik mereka berumur tiga tahun disembelih bapa sendiri di rumah, semalam.

KOTA BHARU: “Saya tergamam melihat leher anak saya terkulai berlumuran darah selepas disembelih suami,” kata Nik Suzila Nik Hashim, 32, ibu kepada Mohamad Adam Muszahffar Muhaimin, 3, yang mati selepas dipercayai disembelih bapanya di Kampung Sungai Keladi semalam.

 TAHAN...suspek membunuh kanak-kanak tiga tahun ditahan polis. 

Nik Suzila berkata, selepas menyembelih anak, suaminya yang mengalami masalah mental cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya menggunakan pisau sama, namun tidak berjaya kerana ditahan polis.

Menurutnya, sebelum kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, dia dan suaminya, Muhaimin Sauntar, 33, sempat berbual-bual sebelum suaminya mengadu kepanasan dan berjalan ke arah dapur sambil diekori Mohamad Adam Muszahffar.

Katanya, tidak lama kemudian dia terdengar jeritan kuat Mohamad Adam Muszahffar dan pada mulanya menyangka anak kedua daripada tiga beradik itu terjatuh di dapur.

“Saya segera ke dapur dan terkejut melihat anak saya terkulai berlumuran darah selepas disembelih suami. Saya tak sangka dia sanggup berbuat begitu. Saya mampu menjerit dan makin terkejut apabila suami cuba mengelar lehernya sendiri,” katanya.

Menurut Nik Suzila, turut berada di rumah ketika kejadian, anak bongsunya, Siti Aisyah, 2, manakala anak sulung, Nur Syafikah, 8, berada di sekolah.

Sunday, August 22, 2010

Remaja mangsa terbaru kencing tikus

Kosmo - Remaja 17 tahun mangsa terbaru kencing tikus
ALOR SETAR – Seorang remaja berusia 17 tahun meninggal dunia kerana dijangkiti bakteria kencing tikus setelah mandi di Taman Rekreasi Puncak Janing di Kuala Nerang semalam.
Pengarah Kesihatan Kedah, Dr. Marzuki Md. Isa berkata, mangsa berasal dari Kampung Rambai, Mukim Bukit Raya, Pendang dikatakan mandi di kawasan itu bersama empat lagi rakan-rakannya.
“Mereka mandi di kawasan larangan tersebut pada 16 Julai lalu.

“Namun begitu, rakan-rakannya yang lain bebas daripada jangkitan tersebut tetapi kesihatan mereka masih lagi dipantau,” katanya ketika dihubungi semalam.
Marzuki menambah, jumlah kematian yang membabitkan jangkitan kencing tikus di negeri ini melibatkan dua kes. Beliau meminta orang ramai mematuhi arahan agar tidak berkelah di kawasan yang di larang
“Antara kawasan rekreasi berkenaan ialah Taman Rekreasi Puncak Janing di Kuala Nerang, Taman Rekreasi Lata Bayu di Baling dan Taman Rekreasi Bukit Wang di Kubang Pasu masih ditutup buat sementara waktu bagi tujuan pembersihan,” jelasnya lagi.

Saturday, August 21, 2010

pengarang Malaysia Nanban terima ugutan bunuh


Utusan - Ketua Pengarang dakwa terima ugutan bunuh
KUALA LUMPUR 21 Ogos - Ketua Pengarang harian Malaysia Nanban, M.S Maryanandy hari ini membuat laporan polis mendakwa beliau menerima ugutan bunuh daripada seorang individu yang tidak dikenali.
Maryanandy berkata beliau menerima panggilan ugutan itu daripada seorang pemuda India kira-kira pukul 9 malam tadi yang turut melemparkan kata-kata kesat kepadanya.

"Orang itu bercakap dalam bahasa Tamil mengugut akan bunuh saya dan akan menyerang pejabat akhbar Malaysia Nanban jika terus menulis berita-berita mengenai masalah kaum India," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini, hari ini.
Maryanandy berkata pada malam semalam ketuanya, Shafee Zaman Sikandar Batcha, yang merupakan pengarah akhbar itu, turut menerima panggilan ugutan yang sama melalui telefon bimbitnya 10 minit lebih awal daripada panggilan ugutan yang diterima beliau. - Bernama

"Ugutan yang sama diterima oleh Shafee, di mana pemuda itu tidak bagi tulis sebarang berita (mengenai isu tersebut). Kalau tidak, dia akan serang kami dan kami akan dibunuh," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, ASP Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan itu dan memberitahu perkara itu akan disiasat. - BERNAMA

14 ditahan Imigresen ketika cuba keluar negara

Utusan - 14 ditahan dalam serbuan Imigresen
JOHOR BAHRU 21 Ogos - Seramai 10 warga asing ditahan setelah dipercayai cuba menyusup keluar dari negara ini sempena bulan Ramadan dalam satu serbuan Jabatan Imigresen negeri di Lorong Haji Abdul Latiff, Kampung Sungai Tiram, dekat sini semalam.
Dalam serbuan di sebuah bangsal tidak bernombor pada pukul 7.30 malam itu, mereka yang ditahan terdiri daripada sembilan warga Indonesia termasuk seorang wanita dan seorang warga Bangladesh berusia antara 20 dan 48 tahun.

Turut ditahan seorang tekong warga Indonesia dan dua tekong rakyat tempatan serta seorang warga Bangladesh yang bertindak sebagai penjaga makan dan minum kumpulan rakyat asing berkenaan.
Ketua Bahagian Penguat Kuasa Imigresen negeri, Masri Adul berkata, siasatan awal mendapati bangsal itu dijadikan sebagai transit sebelum warga asing tersebut diseludup keluar dari negara ini menerusi 'jalan gelap'.
"Ketika serbuan, empat daripada mereka cuba meloloskan diri dengan terjun ke dalam sungai berhampiran tetapi berjaya ditahan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut beliau, kes itu disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (c), Seksyen 15(1)(c), Seksyen 55E, Seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen 1959/63.
Beliau berkata, kesemua yang ditahan ditempatkan di Depot Imigresen Pekan Nanas, Pontian untuk siasatan lanjut.
Katanya, pihaknya akan terus meningkatkan operasi bagi membanteras aktiviti penyeludupan seperti itu terutamanya menjelang musim perayaan.

Nora Danish dan kekasih baru

 Kosmo -Kekasih baru Nora Danish

GAMBAR-GAMBAR Nora Danish bersama lelaki bernama Shahrul yang didakwa sebagai teman lelakinya ketika ini.

HILANG panas kisah Jejai dan Fasha Sandha mengaku sedang intim menyintai antara satu sama lain, timbul pula kisah janda Jejai, Nora Danish.
Pelakon kecil molek itu heboh dikatakan sedang mengulit cinta dengan seorang jejaka tampan, anak Datuk yang berasal dari Kelantan.

Hendak kata sahih, Diva tidak berani cakap tapi melihatkan gambar-gambar kemesraan Nora dengan jejaka yang dikenali sebagai Shahrul itu, mereka sememangnya seolah-olah ada hubungan yang sangat akrab.
Nora pula ketika diterjah teman media dalam satu acara berbuka puasa di ibu negara baru-baru ini mengaku dia dan si Shahrul yang dimaksudkan itu sedang mengenali hati budi masing-masing. Mereka baru dua bulan berkawan.
Sebenarnya, Diva macam pernah nampak Shahrul yang didakwa ramai sebagai buah hati Nora itu.
Tambahan pula ada yang kata, sebelum ini Shahrul yang lebih muda beberapa tahun daripada Nora itu pernah bercinta dengan seorang pelakon Indonesia.
Kalau tak salah juga, Wangi daripada kumpulan Fabulous Cat pun bercinta dengannya suatu ketika dahulu.
Ada satu lagi cerita lain yang disampaikan ke telinga Diva oleh seorang teman.
"Kau tau tak, mamat tu suka sangat tayang gambar berkepit dengan Nora dalam Facebook, aku tak tahulah apa motif dia.
"Lepas tu, tahulah anak orang kaya, tapi takkan satu badan bersalut Hermes," kata Cik Kid Mulut Muncung sambil memuat turun gambar-gambar mesra Nora dan Shahrul ke telefon Diva.
Banyak versi pula cerita tentang teman tapi mesra Nora ni kan. Tak apalah, tak salah berkawan dengan siapa yang kita suka, asalkan tahu berpada-pada. Mencari bahagia tak pernah jadi satu kesalahan.

Diva: Kirimkan sekalung doa buat keluarga penulis lirik terkenal, Ad Samad dan isterinya, Dang Suria agar tabah dengan ujian yang menimpa cahaya mata mereka yang lahir dua bulan awal pada pagi 19 Ogos lalu dan sedang dalam keadaan kritikal.

Friday, August 20, 2010

pekerja kontrak temui cicak tokek

http://www.bina-website-sendiri.com/images/header.jpg






Utusan -Tujuh ekor cicak tokek ditemui






Dua daripada tujuh ekor cicak tokek yang ditemui di Bukit Teluk Bahang, Pulau Pinang, semalam.

BALIK PULAU 20 Ogos - Bukan seekor tetapi tujuh ekor cicak besar atau dikenali sebagai tokek ditemui dua pekerja kontrak di Bukit Teluk Bahang berhampiran Taman Negara Pulau Pinang dekat sini sejak sebulan lalu.
Menurut Syafiz Abdul Shomad, 26, dia menemui cicak itu bersama rakannya, Aiman Alias, 25, secara tidak sengaja semasa mereka menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan bukit tersebut bulan lalu.

Kata Syafiz, pada mulanya mereka hanya menemui seekor cicak tokek sederhana besar seberat kira-kira 250 gram yang ketika itu berada di atas dahan pokok yang ingin dicantas mereka.
''Kami melihat cicak ini amat menarik dan unik kerana bintik-bintik merah yang terdapat pada kulitnya dan dia amat berbeza daripada cicak biasa lalu kami berusaha menangkapnya.
''Walaupun cicak ini nampak jinak, sebenarnya ia bergerak sangat laju dan amat sukar untuk ditangkap,'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Kampung Terang di sini, hari ini.
"Selepas berjaya ditangkap kami cuba mencari maklumat di Internet dan tidak sangka cicak ini adalah cicak tokek yang didakwa mampu mengubati pelbagai penyakit berbahaya termasuk melawan HIV dan AIDS yang harganya mencecah jutaan ringgit sekilogram," katanya.
Menurutnya, selepas mengetahui khasiat dan nilai cicak tersebut yang dikatakan boleh mencecah jutaan ringgit, dia bersama rakannya kemudian cuba mengesan kemungkinan terdapat cicak tokek lain di kawasan berkenaan.
Kawasan tersebut, kata mereka, dikatakan sesuai sebagai habibat cicak tokek kerana ia sejuk dan tidak terganggu dengan kegiatan pembangunan.
Katanya, usaha keras hampir tiga minggu berulang alik ke hutan tersebut akhirnya membuahkan hasil apabila enam ekor lagi cicak tokek berjaya ditemui termasuk yang paling besar seberat 350 gram dengan panjangnya kira-kira 30 sentimeter.
"Cicak tokek ini mendapat permintaan yang tinggi dari negara seperti China dan Jepun," ujarnya.
Justeru, menurut Syafiz, dia dan rakannya berhasrat untuk menjual haiwan itu. Bagi yang berminat boleh hubungi 012-4619676 (Syafiz) dan 013-4521642 (Aiman).

Bapa rogol anak dipenjara 60 tahun

Utusan - Sumbang mahram: Bapa, anak dipenjara
KUCHING 20 Ogos - Seorang kakitangan awam dihukum penjara 60 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini setelah didapati bersalah atas lima pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap seorang anak perempuannya yang kudung tangan kanan.
Dua anak lelakinya yang berusia 24 dan 22 tahun pula masing-masing dihukum penjara 36 tahun dan sebatan 24 kali atas dua kesalahan sama.

Atas faktor usia, bapa mereka yang berusia 52 tahun terlepas daripada menjalani hukuman sebatan.
Kesemua kes didakwa mengikut Seksyen 376(A) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376(B) kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Hakim Amelati Parnel menjatuhkan hukuman 60 tahun terhadap bapa mangsa yang disabitkan atas lima pertuduhan merogol anak perempuannya yang kini berusia 20 tahun di lima lokasi berasingan antara 2006 dan 2008.
Bagi kesalahan pertama, tertuduh dihukum penjara 20 tahun mulai tarikh dia direman iaitu pada 18 Februari 2009.
Hukuman penjara 20 tahun bagi pertuduhan kedua hingga keempat pula diperintahkan berjalan serentak dan berkuat kuasa sebaik sahaja hukuman bagi pertuduhan pertama selesai.
Hukuman penjara 20 tahun bagi pertuduhan kelima pula berjalan selepas kedua-dua hukuman terdahulu selesai.
Sementara bagi kedua-dua abang mangsa, mereka disabitkan bersalah atas dua pertuduhan merogol mangsa yang sama antara Januari dan Disember 2006 dan tempoh yang sama pada 2007.
Terdahulu, peguam yang mewakili mereka, Mohd. Fairus Masri memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kepada mereka berikutan keluarga berkenaan baru sahaja kehilangan anak bongsu berusia 10 tahun.
Selain itu, katanya, tertuduh pertama menghadapi masalah kesihatan serta keluarga mereka terpaksa berhadapan dengan pandangan negatif masyarakat.
Namun, Amelati menegaskan, kesemua tertuduh seharusnya menjadi contoh dan pelindung kepada mangsa yang kudung tangan kanannya.
"Semasa perbicaraan, mangsa trauma dan hidup berlinangan air mata sehingga telah dirujuk ke Hospital Sarawak. Tidak dinafikan tindakan itu telah memberi kesan yang mendalam.
"Hukuman ini dibuat sebagai pengajaran kepada orang ramai dalam memastikan anak-anak diberi peluang untuk hidup sempurna walaupun mangsa dalam kes ini ialah insan kurang upaya," katanya.

Mayat bayi disangka buah cempedak

Kosmo -Mayat bayi dibalut kain
MAYAT bayi lelaki berusia hampir setahun ditinggalkan di sebuah perhentian bas sebelum ditemui oleh seorang pengawal keselamatan di Rembau semalam.


REMBAU - Seorang pengawal keselamatan terkejut apabila mendapati bungkusan kain yang disangka buah cempedak rupanya mengandungi mayat seorang bayi lelaki di sebuah perhentian bas di kilometer 17 Jalan Pedas-Linggi di Kampung Kundur Hilir dekat sini semalam.

Kejadian pukul 6 pagi itu disedari Mohamad Som Adlan, 62, selepas dia diminta oleh beberapa pelajar sekolah yang sedang menunggu bas di situ supaya melihat satu bungkusan kain yang mencurigakan ditinggalkan di atas bangku.
"Saya ingat buah cempedak tetapi bila dibuka saya amat terkejut apabila mendapati ia mengandungi mayat bayi.
"Mayat bayi itu lengkap berpakaian dan dibalut dengan tuala serta kain batik," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Tambahnya, dia dan beberapa lelaki kemudian menghubungi polis selepas mendapati bayi tersebut sudah tidak lagi bernyawa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Supritendan Mizan Md. Dom berkata, mayat bayi malang itu dianggarkan berusia di antara 10 dan 12 bulan serta berketurunan Melayu.
Mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban untuk dibedah siasat.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau di talian 06-6852222 atau 36-6851999 bagi membantu siasatan.

sembunyikan Dadah RM15.2 juta dalam kain

Kosmo -Dadah RM15.2 juta dalam kain

ZUL HASNAN (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian pil eramin 5 yang dirampas daripada sebuah gudang di Jalan Kuala Kangsar pada sidang akhbar di Ipoh semalam.


IPOH – Tembelang satu sindiket menyembunyikan 1,015,500 biji pil khayal jenis eramin 5 bernilai RM15.2 juta di dalam 58 gulungan kain terbongkar apabila polis menyerbu sebuah gudang di Jalan Kuala Kangsar di sini petang kelmarin.

Serbuan itu dilakukan hasil kejayaan polis menahan 17 ahli sindiket dadah antarabangsa di Ayer Hitam, Johor 12 Ogos lalu yang menyaksikan polis merampas sebanyak 824,500 biji pil yang sama bernilai RM12.37 juta disembunyikan di dalam patung peragaan pakaian.
Suspek berusia di antara 28 dan 74 tahun itu terdiri daripada sembilan warga tempatan, empat Taiwan, tiga Singapura dan seorang Indonesia.
Difahamkan, di gudang tersebut, sindiket berkenaan menyembunyikan sebanyak 600 papan pil tersebut di dalam setiap gulungan kain.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Zul Hasnan Najib Baharuddin berkata, rampasan tersebut merupakan yang terbesar melibatakn pil eramin 5 tahun ini di mana polis menjangkakan dapat menyekat pengedaran hampir 2 juta bahan khayal itu.
“Serbuan dilakukan selepas salah seorang daripada 17 suspek yang ditahan sebelum ini mengaku terlibat menyembunyikan dadah tersebut di situ sebaik kita menjalankan soal siasat terhadapnya,” katanya pada sidang akhbar di mes pegawai kanan polis di sini semalam.

paksa remaja lakukan seks oral Penarik kereta dipenjara 14 tahun

Kosmo -Penarik kereta dipenjara 14 tahun
MOHD. AZIB kelihatan tenang selepas Mahkamah Sesyen
di Melaka menjatuhkan hukuman penjara dan sebatan ke atasnya semalam.

MELAKA – Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan empat sebatan ke atas seorang penarik kereta selepas dia mengaku bersalah memaksa dua remaja yang kedua-duanya berusia 15 tahun sembilan bulan melakukan seks oral terhadapnya tahun lalu.
Hakim Zaharah Hussain memerintahkan hukuman penjara terhadap Mohd. Azib Hamidon, 25, berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 21 Jun tahun lalu.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan kesalahan itu ke atas seorang remaja perempuan tanpa kerelaannya di Ladang Kelapa Sawit Nyalas, pada pukul 1.10 pagi, 21 Jun 2009.
Tertuduh juga didakwa telah sengaja mendatangkan kecederaan kepada remaja berkenaan di tempat sama, pada pukul 1.05 pagi, hari yang sama.

Thursday, August 19, 2010

warga asing tawar khidmat seks cedera terjun tingkap

Utusan -23 wanita warga asing tawar khidmat seks diberkas di spa
TIGA anggota polis termasuk seorang anggota wanita memeriksa dua wanita warga asing yang mengalami kecederaan dan hanya mampu terbaring selepas terjun dari tingkap sebuah pusat kesihatan di hotel tiga bintang di Klang, malam kelmarin.


KLANG 19 Ogos – Walaupun pernah diserbu awal tahun ini kerana menawarkan perkhidmatan seks, pemilik spa yang beroperasi di sebuah hotel tiga bintang di sini masih belum serik dan terus menjalankan aktiviti tidak bermoral itu secara sembunyi-sembunyi.
Bagaimanapun kegiatan itu berjaya dihidu pihak polis dan seramai 23 wanita warga asing Indonesia dan China berusia antara 20 tahun hingga 30 tahun dipercayai tukang urut yang menawarkan khidmat seks diberkas di pusat tersebut dalam serbuan kira-kira pukul 10 malam tadi.

Semasa serbuan, enam daripada wanita yang cuba melarikan diri mengalami kecederaan akibat terjatuh di atas tempat letak kereta di tingkat lima hotel tersebut.
Sementara seorang lagi wanita ditemui dalam keadaan berbogel bersama seorang pelanggan di atas katil di dalam spa.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof berkata, turut diberkas dalam serbuan itu ialah dua lelaki tempatan yang bertugas sebagai penjaga spa tersebut, masing-masing berusia 20 dan 46 tahun serta empat pelanggan.
“Akibat cuba melarikan diri, enam daripada wanita yang diberkas cedera di kaki dan bahagian punggung.
“Polis menemui banyak kondom yang sudah digunakan berselerak dalam beberapa bilik khas dipercayai digunakan untuk khidmat seks kepada pelanggan spa ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Kata beliau, kesemua mereka yang cedera dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Ujar beliau, siasatan awal polis mendapati, pelanggan yang mahu mendapatkan khidmat seks di situ akan meminta pakej urut dalam bilik dan dikenakan bayaran antara RM150 hingga RM200 untuk sesi sejam.
Tambahnya, kesemua wanita warga asing yang diberkas di spa tersebut disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63.

Polis buru ahli perniagaan berhubung sindiket judi online

Utusan - Polis buru ahli perniagaan
KUALA LUMPUR 19 Ogos - Polis sedang memburu seorang ahli perniagaan yang dipercayai bertindak sub-ejen kepada satu sindiket perjudian secara online yang berjaya ditumpaskan polis semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, pihaknya masih menyiasat lokasi sebenar ahli perniagaan itu yang dipercayai terlibat secara langsung dalam sindiket perjudian antarabangsa terutamanya pertaruhan sukan bola sepak.
Beliau berkata, sindiket perjudian antarabangsa itu antara sindiket terbesar yang dikehendaki polis kerana melibatkan nilai taruhan antara RM500 juta hingga RM1 bilion untuk setiap satu acara sukan.
Jelas beliau, dalam serbuan yang dilakukan kira-kira pukul 2.30 petang semalam di Pusat Perniagaan Megan Avenue, Jalan Ampang di sini, polis menahan seramai 17 individu yang dipercayai pekerja kepada sub-ejen terbabit.

Katanya, ketika serbuan, kesemua pekerja yang berusia antara 20 hingga lingkungan 30-an itu sedang mengambil dan menerima pertaruhan daripada pelanggan.
"Ketika serbuan, sub-ejen sindiket itu tiada di pejabat dan kita hanya berjaya menahan pekerjanya sahaja.
"Oleh itu, kita sedang memburu sub-ejen terbabit yang masih bebas. Kita juga akan siasat sama ada ahli perniagaan itu masih berada di negara ini atau tidak," katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.
Tambah Mohd. Bakri, dalam serbuan itu, pihaknya telah merampas 34 unit komputer yang dipercayai digunakan untuk tujuan pertaruhan.
Katanya, sindiket perjudian atas talian itu dipercayai berpangkalan di Hong Kong dan mempunyai ejen serta sub-ejen di beberapa negara Asia.
Katanya, sindiket yang berjaya ditumpaskan semalam itu dipercayai telah diburu polis sejak dua tahun lalu selain sering bertukar-tukar lokasi.
"Nilai pertaruhan turut menggunakan mata wang Hong Kong dan kita percaya ia berpangkalan di negara terbabit," katanya.
Dalam pada itu, Mohd. Bakri memberitahu, siasatan awal pihaknya mendapati setiap seorang ejen mempunyai 9,000 sub-ejen dan setiap satu sub-ejen mempunyai 50 orang perantara atau runner.
Katanya, tugas bagi setiap sub-ejen adalah mengawal, menyelia dan mengurus segala pertaruhan daripada pelanggan yang membuat taruhan.
"Bagi runner pula mereka akan mencari dan menerima pertaruhan daripada pelanggan yang membuat taruhan.
"Setakat ini, kita percaya lebih 30 sub-ejen sindiket perjudian online ini beroperasi di negara ini," katanya.

Nama Guan Eng dalam doa khutbah jumaat

Utusan -Nama Guan Eng ganti Agong
TASEK GELUGOR 19 Ogos – Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang membantah penggunaan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di beberapa masjid, baru-baru ini.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penggunaan nama Setiausaha Agung DAP itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lalu di beberapa masjid sekitar sini, Permatang Pauh dan Jelutong.

Perkembangan itu, tegasnya, amat mengejutkan kerana seolah-olah ada usaha pihak tertentu untuk mencemarkan nama Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam di negeri ini.
“Lazimnya dalam doa kedua khutbah solat Jumaat, ada dibacakan doa untuk ketua negeri atau ketua agama Islam dan umum mengetahui di Pulau Pinang kita merujuk kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam.
“Penggunaan nama ketua menteri jelas mengingkari kuasa Yang di-Pertuan Agong seolah-olah ketua menteri pula menjadi ketua agama Islam,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat UMNO negeri di sini hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata, pihaknya mempunyai bukti berhubung perkara itu dan sedang meneliti sama ada wujud arahan tertentu daripada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang atau Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).
“Tindakan menggunakan nama ketua menteri dan digantikan dengan nama Yang di-Pertuan Agong juga sebenarnya di luar daripada amalan negeri-negeri lain di seluruh Malaysia selain bercanggah dengan keputusan Majlis Raja-Raja,” tegasnya.
Sementara itu, beliau turut mendedahkan terdapat pihak pengurusan beberapa masjid yang tidak lagi dibenarkan mengutip bayaran sewa bazar Ramadan yang beroperasi di pekarangan rumah ibadat itu sebaliknya kutipan tersebut disalurkan kepada pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Ahmad Zahid berkata, tindakan menghalang pengurusan masjid memungut wang kutipan bazar Ramadan terbabit jelas mencampuri pengurusan hal ehwal agama Islam selain dilihat menyalahgunakan dana masjid untuk kepentingan politik.
“Kalau dulu kutipan wang bazar Ramadan disalurkan kepada masjid tetapi kenapa pula sekarang tidak boleh tetapi disalurkan pula kepada pusat khidmat ADUN? Ini dana masjid yang digunakan untuk aktiviti-aktiviti masjid bukan untuk tujuan politik,” tegasnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid turut mempersoalkan tindakan Guan Eng menghadiri majlis-majlis pengagihan wang zakat kepada golongan memerlukan yang sepatutnya dilakukan oleh pemimpin Islam.
“Kalau pun kerajaan negeri mahu menggambarkan beliau (Guan Eng) sebagai pemimpin yang fleksibel tetapi kita percaya ada agenda tersembunyi untuk menggunakan Islam bagi meraih kepentingan politik,” katanya.

Benjy tunjuk tempat simpan syabu

Kosmo - Benjy tunjuk tempat simpan syabu
KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes dadah pelakon Benjy bermula semalam dengan Mahkamah Majistret di sini diberitahu oleh seorang pegawai polis bahawa dua paket plastik disyaki syabu dijumpai dalam serbuan di sebuah apartmen di Kepong pada 11 Mac lalu.
Asisten Supritendan Mohd. Ashril Md. Johar dari bahagian risikan operasi dan tahanan Ibu Pejabat Kuala Lumpur (IPKL) selaku saksi pertama pendakwaan berkata, dia menjumpai dadah di atas meja di ruang tamu rumah berkenaan.

"Namun apabila saya bertanya kepada lelaki Melayu (Benjy) dadah tersebut milik siapa, dia hanya mendiamkan diri," katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurmaardiana Mamat.
Terdahulu, saksi itu memberitahu, sepasukan anggota polis seramai lapan orang telah menangkap seorang lelaki Melayu (Benjy) dan perempuan Melayu di tempat letak kereta di apartmen Menara Duta 2 pada pukul 2.15 petang 11 Mac lalu.
Hasil pemeriksaan pada Benjy, mereka menemui kunci dalam poket seluar sebelah kanan dan kemudian pasukan polis dibawa lelaki itu ke apartmen Vista Mutiara di Kepong.
Di rumah bernombor C-13-6 itu, Mohd. Ashril mendakwa telah menjumpai dua paket lutsinar disyaki dadah syabu atas meja kecil di ruang tamu.
Ditanya bagaimana keadaan rumah tersebut, Mohd. Ashril memberitahu ia berserabut dan tidak kemas manakala pemeriksaan di dua buah bilik, tandas, dapur serta balkoni tidak menemui apa-apa.
"Saya tanya kepada lelaki Melayu (Benjy), selain tinggal di situ di mana lagi dia tinggal. Dia kata di Menara Duta 2," katanya.
Saksi menjelaskan, anggota polis kemudian kembali ke Menara Duta 2 di rumah No. A-6-5 namun setiba di sana Benjy merayu supaya gari di tangannya dibuka.